Shopee Saving Pass

Memandangkan shopee sekarang dah makin kedekut dengan free shipping, jadi nak tak nak terpaksalah beli voucher free shipping tambahan. Geram betul dengan shopee sekarang ni. Dulu best, seronok je shopping dekat shopee. Sekarang, kecil besar kecil besar aku tengok shopee. Sekarang, tengah syok nak checkout, tiba tiba voucher tak valid lah, tak boleh apply lah, itulah, inilah dan macam macam lagi. 

Dahlah sekarang dah tak boleh nak select courier yang kita nak sebab memang sepenuhnya shopee yang akan tentukan. Itu tak kira yang shopee setkan shopee express as courier. Memang berjanggutlah tunggu parcel tu sampai ke tangan (based on my experience). Dah banyak kali jadi macam tu. Tapi itulah, mulut je bising, geram geram pun still membeli lagi dekat shopee HAHAHA.

Sebab dekat shopee je aku yakin untuk shopping. Kalau dekat platform lain contohnya Lazada, Alibaba dan sebagainya ke aku tak yakin. Tak tahu kenapa. Padahal baca pengalaman orang lain yang pernah membeli dekat platform tersebut elok je. Tak ada masalah pun. Tapi tetap tak dapat nak meyakinkan diri aku hahaha. Shopee juga yang aku cari. 

Bila dah habis voucher shipping tapi masih ada barang yang nak dibeli, maka gigihlah kita mencari cari dekat mana nak beli voucher shipping. Aku tahu boleh beli voucher shipping lepas tertengok satu video dekat TikTok yang ajar macam mana cara nak beli hehehe. Belek punya belek, jumpalah Shopee Saving Pass. Tengok harga, nasib baik murah! RM 3.00 sahaja. 


Dengan membayar RM 3.00, kita akan dapat dua voucher free shipping dan satu voucher discount RM 5.00 bagi pembelian RM 15.00 dan ke atas. Aku? Banyak kali jugalah beli HAHAHA. Dah voucher yang boleh redeem setiap bulannya makin sikit. Memang tak cukup. Jadi, terpaksalah beli. Bila kita dah beli, voucher voucher tersebut akan expired dalam masa seminggu. Jadi, kena cepat cepat guna lepas beli Shopee Saving Pass tu takut expired tak sedar. Kan dah membazir nanti hehehe. Seminggu sekali je boleh beli Shopee Saving Pass tu. Tak boleh dua tiga empat kali ya. Sekali sahaja. 

Bagi aku berbaloi. Kalau ikut harga asal Shopee Saving Pass tu ialah RM 15.00. Mahal ya teman teman. Kalau RM 15.00 memang aku tak akan beli. Sanggup tunggu masuk bulan baru untuk redeem voucher free shipping dan barulah beli barang or makanan yang aku nak beli. Tapi memandangkan dia hanya berharga RM 3.00, aku pejam mata jelah hehehe. 

Macam mana nak beli Shopee Saving Pass? Boleh rujuk gambar dibawah. Aku ada tulis nombor 1,2,3,4 dan 5 dalam gambar. Senang je cara nak beli. Semudah ABC dan alif ba ta hahaha.




Nanti bila dah place order dan bayar RM 3.00, shopee akan hantar satu notifikasi kepada kita untuk redeem voucher voucher tersebut. Jangan lupa redeem pula ya kalau dah siap bayar tu. Dia tak auto masuk dalam list voucher kita tahu. Kita kena redeem sendiri. Jadi, sesiapa yang rasa tak cukup voucher shipping tu bolehlah beli Shopee Saving Pass ni. Selamat membeli dan selamat ber'shopping'! Hahahaha.

Nota jemari: Nak kena uninstall shopee demi kesejahteraan duit dalam akaun bank aku 😂

19 comments

  1. pernah try skali beli shopee saving pass ni.. berbaloi la jgk.. hehe..
    lps tu kalo nk beli pape kat shopee tgu sale je..
    check out skali gus dpt la free shipping.. hihik..
    menyampah jgk ngn shopee tp tetap pilih shopee.. haha

    ReplyDelete
  2. Bagus tu share cara penjimatan, shipping mahal tu yang orang nak keluar beli, keluar beli tu terapi juga bole tengok dunia, tapi sekarang stay home tau..

    ReplyDelete
  3. Tak pernah cuba dan jarang sangat claim free shipping ni. Kalau ada Alhamdulillah. Selagi shipping tu berbaloi utk dibayar k.Naniey proceed checkout. Kalau macam mahal terus cancel x jadi beli n cari seller lain.

    Sekarang mmg x best sebab tak boleh pilih courier. Selalu dapat JNT n JNT selalu stuck sbb kt tempat besar tu selalu ada case +ve jadi barang akan lambat deliver

    ReplyDelete
  4. Tambah pengetahuan akak. Hehe belum terjebak Shopee.

    ReplyDelete
  5. thank you sharing
    kak tak pernah guna voucher pun
    kak pandai shopping je
    voucher tu semua tak pernah ambik tahu pun

    ReplyDelete
  6. Lama betul tak shopping sejak dia makin kedekut ni.. Haha

    ReplyDelete
  7. Hahahha ok bole try! Tak pernah lagi beli shipping ni :D
    tp mmg betul la, memanjang voucher shopee skrg ssh nak dapat kan.. tension je masa nk paid tu..

    ReplyDelete
  8. shopee express tu memang sakit hati. lama nunggu barang padahal negeri yang sama.

    ReplyDelete
  9. Kak PC barulah berjinak-jinak dengan shopee ni..sebab sebelum ni kawan-kawan, sepupu syok citer free shipping la sebab ada voucher, sekali taradadada..berhuhuhuhuhu la kak PC.

    ReplyDelete
  10. Saya beberapa kali je guna. Sebab tiap-tiap bulan memang Shopee akan bagi 4-5 free shipping voucher plus dalam 2 minggu sebelum tarikh keramat, diorang akan bagi free voucher tiap-tiap hari.

    Bab kedekut tu, memang tak dinafikan 2, 3 menjak ni.

    ReplyDelete
  11. Dh lama tak buka jenguk akaun shopee...bkn apa..berhantu..kalau dh masuk susah nk keluar

    ReplyDelete
  12. Semalam baru bukak Shoppe, ada dekat 500 hengget jugaklah terbang😂. Akk pun ase macam nak uninstall Shoppe ni.Tapi akak macam susah sikit nak insaf. Ha3.

    ReplyDelete
  13. ada jumpa org share benda ni kt twitter. sy siap SS. konon nk beli laa. smpi ke sudah x buat. skrg tgh mengkedekutkan diri utk beli belah online😆😆

    ReplyDelete
  14. dah lama tak membeli di Shopee..oo..dah tak boleh pilih courier company..depa nak promote courier sendiri tu..

    ReplyDelete
  15. Selama ni guna shopee tak pernah tahu pulak pasal Shopee Saving Pass ni hahaha

    ReplyDelete
  16. Akak lepas ni kalau nak shopping Shopee berbaloi kena berguru dengan Tiqah. ��

    ReplyDelete
  17. Kena plan nak shopping kalau beli voucher ni sebab ada expired date. Berbaloi sangat guna voucher sejak susah nak dapat free shipping ni.

    ReplyDelete
  18. tq for da info.. tapi jangan lupa, walaupun boleh beli seminggu sekali shopee saving pass ni untuk 2x free shipping voucher utk seminggu, ada lagi free shipping voucher (no minimum spend) SETIAP HARI.

    bermakna

    seminggu boleh ada 9 free shipping voucher
    7 voucher daily
    2 voucher ( dari belian shopee saving pass)

    apa beza 2 voucher ni ?
    voucher free shipping dari shopee saving pass ni sama macam voucher bulanan dari shopee sendiri dgn minimum spend RM15 at least. (apa2 pun nak guna voucher ni mesti kene add to cart at least RM15 dari kedai yang sama)

    voucher daily ni pula sebenarnya sangat2 TERHAD... boleh claim setiap 2ptg pada hari sebelumnya dan boleh mula digunakan start 12tghari sehingga jam 2ptg.

    yang best voucher ni, no minimum spend tau.. beli barang RM1 pun dapat free shipping, so bayar RM1 je lah.. nanti barang tu sampai rumah... huhu..

    dan TAPI lagi..
    disebabkan sangat2 TERHAD, voucher ni sangat2 laris dan cepat terjual(digunakan bermula jam 12tghari tu)
    nama je voucher tu boleh guna 12pm sampai 2pm... tapi jam 12:03pm voucher tu dah habis guna dah.. nak buat payment 12:04pm mmg da x sempat dah, sila tunggu hari esok..

    TIPS dari saya: (yang dah guna voucher ni 5 hari berturut2)
    make sure standby 11:58pm dekat shopee cart korang

    refer jam android korang atau kat web https://time.is
    masuk jer 12:00:00pm terus korang click shopee voucher dan confirm cepat2 voucher daily(no min spend tu). pastu checkout and buat payment cepat2..

    voucher ni valid untuk (payment by SHOPEEPAY sahaja) dan juga (FreeShipping Seller)

    biasanya sy, jam 12:00:30 (pukul 12, 30saat) dan settle dah successful payment tu

    so korang cubalah, lg jimat sementara tunggu shopee saving pass utk next week pulak atau monthly free shipping voucher next month nya pulak.

    semoga berjaya smua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembetulan typo kat situ, standby 11:58am ye.. bukan 11:58pm..

      Delete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)