Selamat Hari Raya AidilAdha semuanya! Moga moga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat seperti sediakala. Walaupun terpaksa beraya dalam rumah saja, tapi raya tetap raya. Raya mesti diraikan. Tapi bila dengar takbir raya, hati tetap terasa sayu. Tak apalah, nak buat macam mana kan? Ujian covid ni ujian Allah untuk kita semua. Nak ke tak nak ke, kita semua kena hadapinya.
Semalam off blogging sebab sibuk buat persiapan nak masak juadah hari raya. Amboi busy betul ya, bukan main buat persiapan bagai hahaha. Buat nasi minyak lauk daging masak merah dengan cheesekut saja. Tak banyak pun. Cukuplah untuk kami berdua makan.
Amatur masak memang makan masa sikit buat persiapan. Lainlah kalau dah pro memasak, tak payah buat persiapan beriya sangat, tup tup siap hehehe. Alhamdulillah, selamat juga masak nasi minyak walaupun first time masak.
Beginilah hidup tanpa kakak kedua aku yang jaguh memasak, terpaksa masak sendiri HAHAHA. Kalau tidak, dia yang biasanya memasak untuk juadah hari raya. Kami tolong gitu gitu je. Tapi sambil tolong, sambil dengar dan tengoklah cara dia memasak. Tapi okey saja walaupun kakak kedua aku tak ada sebab at least kami boleh belajar memasak sendiri. Sedap ke tak sedap ke tak ada orang nak condemn. Pak cik google kan ada? Manfaatkan sepenuhnya hehehe.
Bolehlah daripada tak ada, walaupun daging keras sikit padahal dah rebus almost satu jam. Mungkin cara potong daging kot yang salah? Ke faktor lain? Tapi tak adalah keras sampai boleh tercabut gigi ya hahaha, liat sikit je. Yang lain-lain okey saja.
Apa cara lain untuk bagi daging empuk? Cara yang biasa kami buat ialah rebus daging dan letak air dalam empat kali macam tu. Kami ikut cara kakak kedua buat, tapi still keras. Kakak kedua buat daging jadi empuk je. Kami fikir mungkin cara potong lah kot yang jadi punca daging liat sikit sebab kami potong ikut sesuka hati, tak ada nak ikut urat ke lawan urat ke 😂
Cheesekut?
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada semua Muslimin dan Muslimat yang merayakan pada hari ini.
Andai langkah membekas lara,Ada kata menusuk sukma,Ada tingkah menoreh luka,Maka maafkanlah kesilapan saya.
Hari Kedua dah Off Day | Ya teman teman, hari kedua bekerja dah off day. Off day bukan sebab aku yang minta tapi memang manager yang tetapkan. 10 Mei aku masuk shift petang iaitu pukul 5 petang sampai 2 pagi. Lama tak bekerja, badan asyik relax, tak ada buat kerja berat, jadi bila start kerja semalam, badan macam work shock juga hahaha.
Tak adalah berat sangat kerjanya, sebab aku ditugaskan duduk di bahagian cashier. Fuhhh first day dah kena ambil order customers! Mencabar juga sebab aku tak berapa fasih lagi dengan monitor cashier KFC tu. Menu KFC pun aku ingat ingat lupa 😂
Takut okey jaga bahagian cashier. Kalau duit dalam drawer tak cukup, memang kena potong gajilah jawabnya. Kalau bawah RM 10.00, boleh diterima lagilah. Dah kalau tak cukup sampai mencecah RM 100.00, mahu tak menangis teman teman?
Mula mula masuk blank sekejap sebab tak tahu nak buat apa, lepas itu manager ajar macam mana nak ambil order, eh lepas itu dibiarkan aku seorang diri uruskan cashier. Nervous. Nak ucap "Hai selamat datang, makan sini ke bungkus?" pun terketar-ketar! HAHAHA.
Suara dah macam perempuan melayu terakhir begitu. Tapi bila dah lama lama eh dah hilang suara ayu, suara letih dah keluar. Dia letih sebab tak boleh duduk, kena berdiri selalu. Lenguh pinggang yang utama, lenguh kaki itu biasalah.
Bila balik kerja dan dapat baring atas katil, ya Allah nikmatnya! Balik kerja terus mandi dan solat isyak. Terus sapu minyak angin biar berangin satu badan! Lagi lena nak tidur. Memang lena sungguhlah sampai terbabas sahur aku :')
Menyesal lah tak sahur masa pukul 3 pagi sebelum tidur tu, tapi apa boleh buat. Terlajak tidur, sampaikan alarm telefon berbunyi pun tak sedar. Sampaikan kakak aku pun terbabas bangun pukul 7 pagi, cepat-cepat pergi mandi dan siapkan diri untuk masuk kerja. Itupun housemate merangkap kawan kakak aku yang kejutkan kami berdua.
Dia dah pelik tengok bilik kami sunyi sepi saja, mujurlah dia tergerak hati pergi kejutkan kami. Kalau tidak, memang lambatlah kakak aku masuk kerja HAHAHA. Puasa 29 Ramadhan, tahap kelaparan sampai terketar ketar satu badan. Puasa 28 Ramadhan, berbuka makanan yang diberikan oleh KFC iaitu nasi kolonel (nasi ayam), ayam goreng satu ketul, air pepsi dan coleslaw.
Bukan selera aku makan nasi tak ada lauk, memang makan nasi kolonel dengan ayam goreng semata mata. Tekak aku memang tak boleh nak telan kalau tak ada kuah. Makan nasi kolonel dalam tiga atau empat suap sahaja. Terus aku ratah ayam goreng seketul. Balik kerja, tidur dan terlajak sahur. Kesudahannya, satu badan terketar ketar.
Memang tak pernah lah terketar ketar satu badan, memang dah cakap dekat kakak, rasa nak berbuka. Memang tak larat, nak muntah pun ada, pening kepala dan macam macam. Tapi Alhamdullilah, berjaya juga tahan diri daripada berbuka waktu tengah hari.
Eh eh bila dah berbuka 29 Ramadhan, foodpanda rider hantar lambat pula makanan. Kita punyalah order awal awal, pukul 8 lebih baru dapat makanan. Rider ada cakap, dia berbuka sekejap tapi tak expect lah sampai 8 lebih baru dia hantarkan makanan aku. Apa boleh buat, benda sudah berlaku.
Okay kembali kepada pekerjaan, sepanjang jadi cashier, perkataan maaf tak henti henti aku sebut. Minta maaf dekat customers sebab tak jumpa cari menu 😆 Dah tak terbiasa lagi dengan monitor menu, memang tak jumpa carilah menunya.
Mujurlah customers memahami situasi aku iaitu pekerja baru. Customers siap cakap "Tak apa adik, perlahan lahan, nanti salah tekan menu kena marah dengan manager pula kan."
Kadang kadang, ada juga tanya pekerja KFC yang lama, dekat mana menu tu terletak. Nasib baiklah pekerja lama tak lokek ilmu nak ajar, walaupun ada yang macam tegas dan berlagak sikit, ala biasalah kan, ala ala senior. Kita junior kenalah bersabar. Tegas semasa bekerja itu biasa. Lepas habis waktu bekerja, okey saja dia bercakap dengan aku.
Jadi semalam 11 Mei aku dah off day. Tak ada off day sampai tarikh aku habis bekerja iaitu 20 Mei sebab memang sekali sahaja off day nya. Sekarang dah satu negara terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi dah tak boleh dine in dah. Boleh takeaway sahaja.
Masih berbaki 9 hari sebagai contract staff raya for KFC 💦
Nota jemari 1: Esok shift petang iaitu pukul 3 petang dan balik pukul 12 tengah malam.
Nota jemari 2: Arahan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu arahkan semua perniagaan tutup pada pukul 12 tengah malam pada malam hari raya, dan buka semula pada jam 1 tengah hari bagi raya pertama.
Kad Raya daripada blog FAMF Tower | Alhamdulillah, kad raya daripada kak Farrah selamat diterima. Sebelum itu, boleh baca disini: Projek Kad Raya 2021 Selesai
Awal bulan Mei tempoh hari, kak Farrah ada update entri berkenaan projek kad raya 2021 selesai dan sudah selamat diposkan kepada penerima. Pagi sabtu aku balik rumah kakak kedua aku di Marang, tiba tiba nampak ada terselit sampul surat di wiper kereta.
Maaf kak Farrah sebab lambat update tentang kad raya ini sebab saya lupa nak update latest address kepada kak Farrah. Terbagi alamat rumah kakak kedua, jadi kena tunggu balik Marang dululah baru boleh ambil kad raya tersebut.
Kakak kedua pulak tak ada di rumah sebab berpantang di rumah ibu mertua dia, jadi posmen selit celah wiper kereta sahaja. Alhamdulillah masih selamat daripada terkena air hujan mahupun tempias air hujan sebab kereta duduk bawah garaj berbumbung.
Saguhati Sampul Duit Raya daripada Blog Azhafizah.com | Alhamdulillah, hadiah saguhati sempena Giveaway Sampul Raya Hipster daripada kak Fiza selamat sampai!
Walaupun tak ada rezeki menang tempat pertama, kedua dan ketiga, tapi ada rezeki menang hadiah saguhati.
Boleh baca disini: https://www.azhafizah.com/2021/04/pemenang-giveaway-sampul-raya-hipster.html
Cantik betul! Lagi nampak exclusive dan cantikkk bila boleh letak nama sendiri dekat bahagian belakang sampul duit raya itu hehehe.
Kakak ketiga pun berkenan tapi tapi dia cakap raya tahun hadapan, dia order, in shaa Allah.
Raya tahun ini tak boleh nak bagi lagi duit raya, in shaa Allah tahun hadapan baru boleh bagi 😂 Jadi sampul duit raya ini kita simpan sebagai kenangan.
Zakat Fitrah | Ya zakat yang wajib di bayar di bulan Ramadhan al Mubarak. Alhamdulillah sudah selesai bayar zakat fitrah pagi tadi. Walaupun aku masih belum bekerja, tapi duit elaun yang abang kedua aku bagi setiap bulan, aku gunakan sedikit untuk membayar zakat fitrah bagi diri aku.
First time aku bayar zakat fitrah untuk diri sendiri tahun ini. Kebiasaannya abang kedua ataupun ayah aku akan bayarkan. Tapi tahun ini, aku cuba bayar sendiri. Tak mahal pun, dalam RM 7.00 sahaja.
Cara nak bayar pun senang dan mudah. Seperti sebutan ABC dan Alif Ba Ta hehehe. Aku bayar online sahaja melalui e-zakat Online MAIDAM. Senang betul proses pembayarannya, cuma isi maklumat diri dan bayar melalui bank pilihan kita. Tak sampai lima (5) minit sudahpun selesai.
- Zakat fitrah ialah zakat yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat syarat yang ditetapkan.
- Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya atau keluarganya atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas matahari terbenam akhir Ramadhan.
- Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri Negeri.
- Wajib: Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari Satu Syawal
- Afdal: Sebelum solat Hari Raya
- Sunat: Sepanjang bulan puasa
- Makruh: Selepas solat Hari Raya sehingga matahari terbenam Satu Syawal
- Haram: Selepas terbenam matahari Satu Syawal
Hadiah Giveaway daripada Shida Radzuan Blog | Sebagaimana aku pernah update disini, aku merupakan salah seorang pemenang "Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog".
Alhamdulillah, hadiah dah selamat sampai tengah hari tadi! Baru baca semalam disini yang kak Shida baru saja pos hadiahnya. Tup tup, dah sampai hehehe. Laju betul poslaju.
Mungkin duduk di bandar Kuala Terengganu. Sebab dulu masa duduk di Marang, berjanggutlah menunggu parcel kalau seller pakai courier poslaju.
Social Icons