Juruukur Bangunan / Building Surveying

Juruukur Bangunan / Building Surveying

Semalam tengah scroll scroll facebook, nampak salah seorang lecturer yang pernah mengajar aku masa diploma dan degree ada berkongsi keratan akhbar Harian Metro (gambar diatas) di status facebook miliknya. 

Rupa rupanya, keratan akhbar tersebut tentang peranan juruukur bangunanDipetik dan diubah sedikit dari akhbar Harian Metro, 08 Mac 2021, 7.00 pagi. Sebagaimana aku pernah beritahu sebelum ini, kerjaya juruukur bangunan ini tak lah sepopular seorang arkitek yang melukis dan melakar idea yang kreatif bagi pembinaan sesebuah bangunan. 

Tapi, peranan seorang juruukur bangunan ini sangatlah penting walaupun hanya membina sebuah rumah apatah lagi membina bangunan pencakar langit. Seorang juruukur bangunan itu ialah seseorang yang membantu memastikan proses reka bentuk sesebuah bangunan itu menepati ciri ciri piawaian perundangan yang telah ditetapkan. 

Juruukur bangunan juga ialah seseorang yang akan mengawasi dan memantau proses pembinaan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang tanpa sebarang dengan berpandukan spesifikasi yang telah dipersetujui sebelum pembinaan bangunan dimulakan.

Pelbagai isu yang melibatkan bangunan yang akan didiagnosis oleh seorang juruukur bangunan antaranya termasuklah isu reka bentuk, kaedah pembinaan dan penggunaan bahan pembinaan. Dalam kata lain, juruukur bangunan ni boleh digelar sebagai seorang 'doktor bangunan'. 

Doktor Irwan Mohammad Ali iaitu Koordinator Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni UiTM Perak berkata, juruukur bangunan ini juga sebagai tonggak pengurusan aset dan fasiliti negara. 

Sekadar info, Dr Irwan ini merupakan bekas pensyarah aku. Doktor Irwan pernah mengajar subjek AutoCAD and Revit. Subjek melukis yang menggunakan software yang sangat melemahkan aku HAHAHA.

Juruukur Bangunan / Building Surveying
Juruukur Bangunan / Building Surveying
Gambar alat diatas dipanggil alat meter kelembapan atau moisture meter. Moisture meter digunakan untuk mengesan kandungan kelembapan pada permukaan dinding bangunan. 92.6 dan 93.8 tu bacaan kelembapan pada permukaan dinding yang berjaya dikesan. 

Gambar ini diambil semasa academic trip semester 4 waktu diploma ke Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Acheh, Pulau Pinang. Syok betul guna alat moisture meter ini, hanya tekan ke permukaan dinding dan ada juga yang tekan ke kulit kawan kawan sebab nak tahu kulit kering ke lembap HAHAHA. 

Okey sambung. Antara pengiktirafan yang diterima adalah daripada Royal Institute Surveyor Malaysia (RISM), Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), Malaysian Qualifications Agency (MQA), Jabatan Perkhidmatan Awam dan Royal Institution of Chartered Surveyors of United Kingdom (RISCs). 

Macam pernah diberitahu sebelum ini, kerjaya lepasan Diploma Ukur Bangunan antaranya termasuklah pembantu pegawai fasiliti bangunan, pembantu perunding ukur bangunan, kontraktor dan penyelia tapak binaan. Manakala, lepasan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan pula ialah pengurus fasiliti bangunan, pengurus bangunan, pengurus penyelenggaraan dan pemuliharaan bangunan.

17 comments

  1. QS ni kerjaya yang tak glamer...terperuk kat meja mengira, sesekali keluar mengukur. dalam meeting qs selalu diam aje...sepatah tanya, sepatah jawab.
    kalau rkitek...tak tahan...semua dia nak komplen..hehhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha QS memang senyap je, fokus kira kira katanya, tapi arkitek memang banyak bunyi. Pernah tengok arkitek complain dekat contractor uishh seram hahahaha

      Delete
  2. Jurukur yang slalu kita nampak tepi jalan tu sama ke lain?
    tu jurukur jalan eh? hahah... konpius sbb mcm sama je dia guna mesin gak kan...

    kawan2 akak so far xde yg jd jurukur bangunan...
    yg ada drg ukur tanah or jalan kot x silap.. akak pun konpius kdg2 keje diorg ahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah akak, yang teropong tepi jalan tu biasanya juruukur jalan (land surveying). Kadang kadang ada jugak teropong jalan before buat kerja kerja jalan. Betul akak, ramai konpius sampai kadang kadang saya pun pening nak explain macam mana hahahaha

      Delete
  3. jurukur ni walaupun tak fames mcm arkitek, jurutera tp kerja ni membantu sebenarnya. bukan senang nak buat bangunan atau segala bagai kalau tak ada jurukur ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul akak hehehe. Juruukur ni pun boleh jadi pegawai maintenance bangunan nanti so kalau arkitek rekabentuk pelik pelik, nanti juruukur ni pulak pening macam mana nak maintainkan bangunan tu nanti hehehe

      Delete
  4. Oh ada beza juru ukur tanah dengan bangunan. Ingat satu kerja yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juruukur tanah fokus kat tanah, juruukur bangunan fokus kat bangunan :D

      Delete
  5. Ada macam macam jenis juruukur.. Menarik...
    Semua yang bijak2 ni.. Nak main kira kira.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak, ada macam macam jenis juruukur. Juruukur bangunan, juruukur bahan, juruukur tanah. Kalau main kira kira ni mostly juruukur bahan lah, otak kena cepat pengiraan haha :D

      Delete
  6. juruukur ni kira tulang belakang arkitek lah, kan. Bukan mudah kerja juruukur bahan ni. kalau silap, boleh bagi kesan yang besar pada pembinaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama dengan arkitek masa pembinaan bangunan. Kalau arkitek design sesebuah bangunan susah, nanti nak buat kerja kerja penyelenggaraan masa bangunan dah siap and dah digunapakai dalam masa yang lama, takut rumit nak buat maintenance work hehehe.

      Delete
  7. Juruukur ni kerja dia susah kan, kalau salah buat ukuran, boleh runtuh banggunan huhuhu

    ReplyDelete
  8. Menarik jugak bidang ni. Dekat jabatan Eza ada jugak jawatan Pengurus Fasiliti tu, tetapi beliau bertugas under syarikat konsesi. Memang banyak betul kerja dia. Selalu kena call.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, hebat tu Pengurus Fasiliti. Ohh under konsesi. Betul tu, memang busy, banyak betul kerja hahaha

      Delete
  9. Betul ka bs kurang dapat sambutan d Malaysia?...susah ka nak cari kerja dalam bidang nii..???

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)