Harga Domain NetKL Berubah Bermula 01 September 2021

Harga Domain NetKL Berubah Bermula 01 September 2021
Mula-mula dapat email macam terkejut jugalah sebab fikir ada masalah yang ingin dikhabarkan oleh pihak NetKL kepada aku mengenai domain blog aku. Tapi lepas baca isi-isi dalam kandungan email, terus rasa lega. Rupa-rupanya pihak NetKL email sekadar untuk memberitahu bahawa harga domain akan naik bermula 01 September 2021

Harga asal - Domain - Harga Baharu
  1. RM45.00 - .com - RM50.00
  2. RM49.00 - .net - RM55.00
  3. RM52.00 - .org - RM55.00
  4. RM60.00 - .biz - RM65.00
Double lega sebab harga naik sebanyak RM5.00 sahaja untuk .com. Tak naik banyaklah. Seram juga kalau naik RM30.00 dan ke atas. Tapi naik RM5.00 ni kira okey lah. Masih boleh diterima hihihi. Beli domain blog ni pun salah satu investment untuk blog.

Aku pernah beritahu sebelum ni yang aku terbeli domain sebab tak boleh tidur. Dan sampai hari ini, aku boleh cakap aku tak menyesal bertukar dari bilagadiskidal.blogspot.com kepada atiqahnajihah.com. Rasa macam wow! Website aku sendiri! Hehehe.

Baca disini: Blog bertukar nama

Penglibatan aku dalam dunia blog ni mostly kaum keluarga aku tak tahu kecuali kakak ketiga aku (yang sama sama menyewa dengan aku). Bukanlah tak tahu langsung tapi bagi mereka, dunia blog ni sekadar suka-suka sahaja. Persepsi mereka sama macam sesetengah orang lain iaitu, "Blog masih relevan ke sekarang ni?"

Kes "blog masih relevan ke?" samalah macam course aku iaitu Building Surveying. Tapi bukan masih relevan lah soalannya. Soalannya ialah "Building Surveying ni Quantity Surveying ke?" Tidak teman teman. Lain. Yang sama ialah Surveying, tapi Building dengan Quantity itukan benda yang berbeza. Walaupun letih nak menjawab, aku akan tetap jelaskan yang sebetulnya. 

Jadi teman teman, kalau nak tukar domain blog dengan NetKL dan menggunakan harga lama, bolehlah buat sekarang sebelum 01 September. Tak lama dah. Berbaki 11 hari sahaja lagi sebelum masuk harga baru. Yang nak renew domain dari NetKL untuk beberapa tahun sekaligus dengan menggunakan harga lama pun boleh buat sekarang. Maksimum tahun boleh renew ialah 1 hingga 9 tahun

Nota jemari: Kalau tukar domain, kena get ready untuk re-apply AdSense sebab AdSense di blog akan menghilang

36 comments

  1. Rabia tak pernah main dgn domain2 ni
    Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau rabia ada duit lebih, boleh try tukar blogspot.com kepada .com.
      Bagi saya, berbaloi tukar hehehe

      Delete
  2. Hehe nanti renew sampai 9 tahun untuk dapat harga lama itu.

    ReplyDelete
  3. Ya.. Naik RM5.00 kalau tak silap..

    ReplyDelete
  4. Sama lah AN , kak shida pun terima email yg sama..tahun depan dah kena bayar harga baru hehee ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak shida, kalau nak renew sekarang pun bolehhh, dapat harga lama lagi before 01 sep hehehe

      Delete
  5. Naik harga dah kan.. naib baik hari tu renew terus utk 2 tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah nurul, naik 5 hinggit je. Wah senang gak renew untuk banyak tahun terus.

      Delete
  6. bkn barang keperluan je naik hrga..
    domain pon naik hrga jgk.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia pun nak ikut naik jugak akak hahahaha, mujurlah sikit aje harganya naikkk

      Delete
  7. Replies
    1. Yang free pun okey wak, tak de masalah pun, tapi saya tukar sebab teringin nak blog saya jadi .com hehehe

      Delete
  8. Sekurangnya ada juga pilihan, masih releven, media berita seakan blog juga, cuma komersial.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, blog masih relevan, tapi itulah sekarang orang lagi fokus dekat social media yang lain lain

      Delete
  9. Wow. hehe. Naik juga netkl harga baharu. huhu

    ReplyDelete
  10. Ada 5 domain. 1 dah renew. Ada lagi 4. Kalau request invoice now dan bayar boleh jimat RM20 juga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyakkkkkknyaaaaaaaa domain kak naniey! Kak naniey urus semua ke? Cayalah!
      Kann, better invoice now, jimat banyak gak tuuuuuu.

      Delete
  11. Replies
    1. Itulahh pasal, ingat naik banyak gak, tapi mujurlah naik 5 hinggit aje hahaha

      Delete
    2. harga naik hrp service lbh improved laa kan😊

      Delete
  12. Mujurlah kenaikannya masih boleh pejam-pejam mata kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHAHA betul tu kak farrah! Mujurlah masih boleh pejamkan mata, kalau naik banyak, lingkup lah domain saya ni >.<

      Delete
  13. Betul, kak PC pun terima email juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh renew untuk banyak tahun terus kak PC, jimat sikit hehehe

      Delete
  14. Domain ni macam setiap tahun naik harga kan. Baru teringat tahun depan nak expired dah. Renew 2 tahun. Saya guna ihosterZ, tahun lepas RM43 setahun. Pasni nak renew lama sikit lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh setiap tahun naik harga ke kak fiza? Saya pun tak pasti sebab this year baruuuu beli domain sendiri. Kalau naik sikit boleh diterima lagilah. Kalau naik banyak, alamak lingkuplah domain saya sekarang ni >.< Ohhhh murah la guna ihosterZ, saya first time dengar ihosterZ ni. Biasa dengar NetKL dengan GoDaddy aje.

      Delete
    2. So far sejak guna mesti akan naik. Mula dulu RM30 kot. 2018 RM44.99, 2019 RM42 last year RM43. Sebelum 2018 tu ada kenaikan juga tapi tak ingat dah. Murah sikit je. ihosterZ saya guna since 2011. Lebih kurang je harga domain semua.

      Delete
  15. Yaa.. naikkan.. Ok ler rm5.. masih dalam bajet.. hoho.. Baru tahi tukar domain kena apply balik adsense ek.. Seram jugak tu.. Harap tak lupa nak renewa nanti ni.. bulan 12... Nak renew lama sikit terus tapi risau lepas dua tiga tahun terlupa nak renew kang... Hahahaa.. So buat year by year je dulu memula ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul masih dalam bajet hahahaha, kalau terlebih bajet, lingkup domain saya sekarang ni hahahaha. Haah, memang kena re-apply adsense sebab link blog dah bertukar. Saya haritu 15 hari menunggu untuk lulus adsense lepas tukar domain. Renew jangan tak renew hahaha, memang senang renew banyak tahun terus, takut terlupa aje dah renew ke belum.

      Delete
  16. Harap tahun-tahun akan datang jangan lah naik mencanak-canak. Cukup lah sampai RM50 je. 😌

    ReplyDelete
  17. harga masih reasonable..nak kena reapply adsense tu yg fikir 2,3 kali..huhu..

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)