Makan Petang Bersama Kuih Ketayap

Previous entri, ada yang salah faham ya pasal poster tu. Ramai ingat itu poster yang aku dah siap buat. Tidak teman teman. Aku tak start buat apa-apa lagi. Previous entri itu aku tulis hanya untuk meminta pendapat apakah yang perlu aku letakkan dalam poster yang bertemakan 'Keselamatan Pengubatan'. Okey abaikan sebab tak penting hahaha. Nanti dah siap buat poster, aku update entri macam aku buat poster kemerdekaan tempoh hari.

Hari ini masih seperti hari-hari sebelum ini. Tak ada yang berubah pun. Rutin harian yang masih sama setiap hari. Dan aku masih bertapa di rumah kakak kedua  aku dari hari Khamis, 19 Ogos 2021 lagi. Tak tahulah bila dia nak hantar aku balik. Pergi rumah kakak kedua untuk cucuk vaksin sebab tempat aku cucuk vaksin ni berhampiran dengan rumah dia.

Empat hari berturut turut rasanya makan cempedak goreng. Nasib baik hari ini dah tak makan cempedak goreng sebab dah naik jemu setiap hari makan. Sebagai pengganti cempedak goreng, kita buat kuih ketayap sebagai makan petang sambil ambil angin diluar rumah. Bukan akulah yang buat, aku tukang tengok je hehehe. Oh ya, ini cerita petang semalam.

Nak buat onde-onde tapi baru teringat tak ada tepung pulut. Jadi buatlah kuih ketayap. Ondeh-ondeh ke onde-onde? Aku selalu eja onde-onde. Korang panggil onde-onde juga ke? Ke panggil buah melaka? Tak kisahlah panggil apa pun, janji sedap! Janji bila gigit onde-onde tu memang ada lah air nisan (gula melaka) bahagian dalamnya. Bukan kosong. 

Okey berbalik kepada kuih ketayap, rupa-rupanya senang je nak buat. Ingatkan susah. Bahan-bahan pun simple sahaja. Aku tak nak lah cakap pasal cara cara membuat kuih ketayap sebab kakak aku pun rujuk resipi chenom. Boleh tengok disini: Resipi Kuih Ketayap. Cumanya, kakak aku tak letak telur sebab dia tengah menyusukan anak. Anak saudara aku pula badan macam naik ekzema sikit.

Makan Petang Bersama Kuih Ketayap
Makan Petang Bersama Kuih Ketayap
Habis dekat aku zoom sebab background tak berapa cantik. Dan macam biasalah, sedap! First time aku makan kuih ketayap. Rugi kan jadi aku? Serba serbi tak makan. Selalulah kena bebel dengan adik beradik sebab aku susah nak makan benda yang aku tak pernah makan. Aku lagi suka makan benda yang selalu aku makan je. 

Tadi makan pun sebab terliur. Nampak sedap! Dan memang sedap sungguh. Memang rugi sungguhlah sebab tak makan kuih ni awal awal dulu. Bila dah masuk umur 24 tahun ni baru merasa nak makan. Tapi tak apalah, janji sempat merasa makan kuih ni.

Petang ni katanya nak buat onde-onde. Jadi kita tengok buat ke tidak. Atau masih makan kuih ketayap lagi sebab kakak aku bancuh tadi banyak juga. Kalau tak buat onde-onde petang ni, dah boleh bayang dah mesti akan makan kuih ketayap selama beberapa hari lagi macam cempedak goreng tadi.

43 comments

  1. Cantiknya header blog baru..
    Kak Naniey kurang gemar yang ada kelapa macam ni. Sebab selalu sakit gigi lepas makan. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maceh kak naniey!
      Ohhh baru tahu boleh sakit gigi eh kalau lepas makan makanan yang ada kelapa ni.

      Delete
  2. Sedapnya kuih ketayap. Lama dah tak beli kuih ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try buat jannah, senang gila je cara buat dia hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. Kannnn! Saya pun first time makan terus fall in love gituhhh hehehe

      Delete
  4. sedapnya kuih ketayap..nampak lembut..

    puas hati..4 hari makan cempedak goreng...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah memang lembut akak, tapi saiz kecik sikit sebab kakak saya salah pakai pan kecikk hehehe. Memang puas hati sungguh berderet deret makan cempedak goreng sampai naik jemu dah >.<

      Delete
  5. Replies
    1. Samalah dah masuk favorite kuih jugak lepas first time makan harituuu hehehe

      Delete
  6. Hehe akak pun sebenar takut makanan baru sebab takut ketagih makan.
    Dapat rasa pertama kali oklah itu. Orang kata late than never. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh takut ketagih ye, kalau saya, takut tak kena dengan selera hahahaha.
      Betul, better late than never gituhhh :P

      Delete
  7. ye tak ye, lama dah tak makan kuih ketayap ni hehe

    ReplyDelete
  8. Sedap kuih ketayap. Kak Amie suka yang banyak inti. Heheheee... makan intinya sajalah kalau begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita kak amie, suka inti banyak, baru puas makan! Ratah gitu pun boleh kannn hahahah

      Delete
  9. Memang rugi sangat serba serbi tak makan. Haha

    anak Aien pun kalo makan ketayap mesti muntah. Tak suka dengan kelapa dia. Lempeng iye laju. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, rugi sungguh. Lepasni nak kena belajar makan benda lain pulakkk hehehe. Ohhhhh dalam lempeng boleh pulak makan ye hahaha

      Delete
  10. Ketayap ni klu inti dia basah mmg sedap.. Ad stgh org buat inti dia cam hampas je..kering heeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh ada jugak eh yang keringg? Yang inti kakak saya buat ni macam lembap moist gituuu, sedappp!

      Delete
  11. Kita paggil buah melaka haha tak tahu la ondeh ke ode.

    Saya kurang ketayap ni. mungkin inti dia saya kurang minat. Saya coconut lover tapi bila jadi inti terus mcm not for me gituuu. Yayyy dapat pun makan benda baruuu Tahniahhh Atiqah. nanti try makan yang sebelum ni tak pernah makan okii. Good job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, confuse ondeh ke onde hahaha.
      Mungkin ain suka yang original kelapa kann, takde campur pape kannn. Hahahaha betul, nanti nak kena try makan benda lain pulak :D

      Delete
  12. Suka kuih ketayap kalau kak PC, lagi kurang manis intinya maka lagi banyak la kak PC makan kuih ketayap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbalik dengan saya hehehe, kalau manis lagi saya suka! :D

      Delete
  13. Kuih favourite ni. Biasa pasar pagi selalu banyak jual. Kombinasi gula melaka dan kelapa parut tu memang sedap.

    Teringin pulak nak makan kuih-muih tradisional macam kuih tepung pasung dan puteri mandi. Sekarang kedai tak banyak jual, lagi-lagi waktu macam ni. Nak buat memang tak pandai lah kuih-muih ni. 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kombinasi yang menarik dan sedapppp. Try lah buat BK, simple aje. Saya pun kalau nak makan lepas ni, boleh buat sendiri aje hehehehe.

      Delete
  14. haha. jangan sedih, akak umur 30 lebih ni pun rasanya banyak lagi benda tak cuba. akak tak pandai buat ketayap. huduh bila gulung tu.so, kita beli je. boleh support peniaga Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part gulung tuuu saya sokong, saya try gak gulung haritu, tapi kena kutuk dengan kakak saya sebab tak menjadi dan jadi leper sebab saya tekan kot hahahaha. Part sokong peniaga Melayu itu saya setuju! Hahahaha. Senang, beli aje.

      Delete
  15. Tempat saya panggil kuih dadar, atau ikut loghat Melaka, dadau.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panggil untuk kuih ketayap ke onde onde? Macam telur dadar pulakkk sebab dadar tuuu hehehe

      Delete
  16. Kuih ketayap sedap kalau guna kelapa yg masih muda kan..kalau beli rasa mcm hampas ja..org kata peniaga perah santan dulu lps tu guna hampas utk buat inti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sedap kelapa muda, tapi yang kakak saya buat ni dia pakai kelapa tua sebab abang ipar silap beli hehehe. Tapi tetapp sedappp! :D

      Delete
  17. Agaknya sibuk tu tak sempat nak hantar Atiqah balik. Entahlah ye. Ondeh ondeh ke onde onde. Kalau balik johor panggil kuih buah melaka. Balik nismilan panggil kuih kelepong. Nak international sikit panggil onde onde.

    Kuih ketayap memang senang kalau inti dah siap tinggal buat kulit luar tu je. Tapi kulit pun kena elok tak nipis tak tebal baru senang nak menggulungnya. Sedap kuih ketayap tapi itulah kelapa parut jarang membeli macamana nak buat inti pun. Nak kelapa muda pulak tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sibuk kak fiza, tapi dia nak suruh jaga and main dengan anak dia hahahaha. Kiranya jadi bibik gitu hahaha. Tapi nasib baik dah hantar balik dah harini, nanti minggu minggu depan pergi lagi hehehe. Ohhhh kuih kelepong ye orang nismilan panggil. Ingatkan orang panggil gula melaka or onde onde ajeeee.

      Haah part kulit tu kena sedang sedang ketebalan dia, kalau nipis nanti mudah koyak pulakk. Tebal pun tak sedap gak and takut lambat masak. Betul, kena guna kelapa muda, tapi yang ni kakak saya buat, dia pakai kelapa tua sebab abang ipar silap beli, tapi sedap je rasanya heheheh.

      Delete
    2. Ohhh patutlah pun. Tolong jaga anak anak dia. Memang lambat lah nak hantar balik. hihi..minggu depan datang lagi eh. Dapatlah anak anak buah teman jugak kan.

      Ye kuih kelepong atau klepong macam tu. Saya pun baru tahu lepas kahwin dengan orang nismilan. hihi..betul, kulit kena sedang elok baru senang nak membungkus.

      Oh ye? kalau camtu boleh lah juga guna kelapa parut tua pun. Hihi..

      Delete
  18. Sedap nampak kuih ketayap tu... akak suka kalau inti banyak tapi inti jangan manis meliuk sangat. Barulah enjoy makan.

    Kuih onde-onde pun suka gak. Dahulu, akak ada bibik Indonesia yang asuh akak adik-beradik. Di sana onde-onde ni diorang panggil klepon!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka manis tapi macam kak farrah tulis, jangan over manis la hehehe.
      Ohhhhhh klepon ye, macam kak fiza komen la, orang nismilan panggil kelepong. Macam lebihhh kurang aje lahhh kannnn

      Delete
  19. salam kenal.

    tak pernah tak suka mana2 kuih yg berinti kan kelapa gula melaka cam ni. sedap sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya first time makan pun terus fall in love. Memang sedapppp sangat!

      Delete
  20. wah buat sendiri ke.. pos ke shah alam sikit ye

    ReplyDelete
  21. Sedapnya kuih ketayap . Rasa dah lama ccl tak buat .

    ReplyDelete
  22. Lama dah tak makan kuih ketayap ni. Senang cerita lama dah tak makan kuih malaysia ni hehe

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)