Poster Bertemakan Keselamatan Pengubatan (Medication Safety)

Semalam ingatkan kakak ketiga aku whatsapp nak cakap pasal poster merdeka tempoh harilah. Rupa-rupanya nak bagitahu yang aku kena buat poster lain lagi sekali! Hampeh! Kali ini poster bukan bertemakan kemerdekaan lagi dah, tapi poster bertemakan 'Keselamatan Pengubatan'. 

Baca disini: Poster Kemerdekaan Negara Part I dan Poster Kemerdekaan Negara Part II

Apa benda tu Keselamatan Pengubatan? Dia pun tak tahu. Tapi aku rasa bukan dia tak tahu apa itu Keselamatan Pengubatan, cumanya dia malas lagi nak terangkan dengan lebih terperinci memandangkan lambat lagi tarikh akhir penyertaan iaitu pada 15 September 2021. Dia pun tahu adik kesayangan dia ni bukannya buat terus. Nanti beberapa hari lagi nak sampai tarikh akhir penyertaan, haa masa itulah baru terhegeh hegeh nak buat. Last minit katakan hehehe.

Poster Bertemakan Keselamatan Pengubatan (Medication Safety)
Poster pasal pertandingan. Tapi bukan poster official daripada pihak penganjur. Aku buat sendiri dekat canva sebab terlebih rajin. Ingatkan nak letak je poster pasal pertandingan yang pihak penganjur sediakan, tapi tak apalah. Alang alang dah buka canva, kita design sekejap. Tak ada masalah.

Sekarang ni tengah duk fikir nak letak apa benda dalam poster yang bertemakan Keselamatan Pengubatan ni. Ada google google juga tapi macam tak berapa nak faham. Ada sesiapa yang bekerja dalam bidang macam ni dekat sini? Boleh bagi pendapat? Kalau tak bekerja dalam bidang ni sekalipun, boleh juga sumbangkan idea anda semua. Mana tahu dapat membantu memberikan ilham kepada diriku. Begituuuu hehehe.

Apa yang aku faham ialah proses yang berkaitan ubat-ubatan yang mesti dikendalikan dengan selamat tanpa melakukan sebarang kesalahan. Proses bermula dari kita mula-mula terima ubat sampailah ubat habis. Itu apa yang aku fahamlah. Betul salah tak tahu kikiki. Any ideas teman-temanku sekalian?

29 comments

  1. Oh ya ubat tamat tempoh tidak silap ada cara untuk lupuskan cuma tidak tahu bagaimana. Rasa ada pernah baca di klinik kesihatan. Masalahnya lama tidak jejak klinik jadi lupa penerangan terperinci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, ubat tamat tempoh ada caranya kan kalau nak dibuang. Mungkin itulah kot salah satu benda nak kena letak dalam poster tapi versi bergambar kann 🤔

      Delete
  2. mungkin boleh gunakan font yang mudah dibaca dan tidak bersimpul? orang tua selalu payah nak baca tulisan bersimpul2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah memang kena guna tulisan yang mudah dibaca sebab takut juri yang agak berusia tak boleh faham. Tapi poster atas ni bukan poster official yang akan dihantar kepada pihak penganjur hehehe

      Delete
  3. mama tak berapa kreatif huhu.. tapi tak sangka ye guna canva je boleh buat poster

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita mama hahaha, tak kreatif jugak tapi boleh la sikit sikit 😂 Haah dekat canva macam macam boleh buat hehehe

      Delete
  4. Haha untung ada adik yg sudi menolong..nnt minta upah yg grand2 sikit dari kakak tu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong benda yang senang senang boleh la akak tapi memang dah standby nak mintak upah dah 😂

      Delete
  5. maybe font tema keselamatan tu boleh buat stroke dekat dia supaya font tu bangkit..

    btw cntik je dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh itu bukan poster yang akan disubmit kepada penganjur, tapi poster hebahan pertandingan aje hehehe. Ramai yang keliru jugak dengan poster di atas tuu 😂

      Delete
  6. atau boleh bahagi dua antara ubatan selamat dengan ubatan tidak selamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dipertimbangkan, maceh kak PC! 😉

      Delete
  7. Bukan bidang saya. 😅

    Tapi bila sebut safety, dia ni macam adik-beradik OSHA. Cuma skop lebih menjurus dalam bidang perubatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita hahaha, saya bidang construction boleh la, ini bidang perubatan memang tak berapa nak tahu sangat la 😂 Haah betul, maybe la safety terhadap ubat ubatan yang diterima kannn. Macam mana nak simpan dan sebagainya.

      Delete
  8. Akak rasa dalam poster tu boleh kaitkan dengan cara penstoran ubat yang selamat. Kita banyak terlepas pandang tentang cara penyimpanan ubat yang betul. Ada yang kena simpan dalam peti ais (bukan sekadar di pintu), ada yang kena biarkan dalam plastik ubat tu sendiri. Tak boleh dibuka/dikopek. Kalau nak simpan dalam pill box kena potong papan ubat tu tanpa keluarkan pil.

    Tapi, bab hendak terjemahkan mesej ni ke dalam poster... akak tak reti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh faham fahammmm, saya pun ada terfikir macam ni jugak kak farrah, tapi itulah tu, macam kak farrah cakap. Nak transfer ke poster tu macam blank kejap 😂 Kalau tulis ayat je takpelah, ini kalau nak kena ada gambar orang ke apa ke, masak jugak saya nanti nak siapkan poster nya 😂

      Delete
    2. Hahahah betul betul... masak juga tu. Anyway, best of luck, dik! Semoga dapat hasilkan poster yang cantik dan on point mesejnya.

      Delete
  9. Rasanya berkaitan cara menyimpan ubat dengan betul, apa nak buat dengan ubat dah rosak, pentingnya membaca label supaya tak overdose etc. Untuk educate pengguna, bukan staf hospital. So if buat poster, tak perlu letak peaakit pakai drip tu. Just my opinion

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah saya pun ada terfikir macam tu jugak, poster untuk educate pengguna. Thanks for your opinion kak sal! Eh poster atas tu poster hebahan pasal pertandingan ni aje (penganjur ada buat poster hebahan pasal pertandingan ni tapi saya tak guna sebab takut p&c ke apa ke). Jadi, saya buat poster saya sendiri untuk letak dalam entri ni. Aduuu macam berbelit pulak ayatnya 😂

      Delete
    2. haha. faham-faham. maksud akak if nak buat poster, biar nampak environment luar hospital. gambar famili ke, bekas simpan ubat ke.

      Delete
  10. Pandai ya guna Canva. Mrs. A pernah install dulu tapi dah uninstall sebab complicated sangat untuk seorang Mrs.A huhuhuuu...
    Lagi satu tolong bagi message pada para doktor tulisan tu jangan nak doktor sangat sebab staff farmasi yang bagi ubat tu tak boleh nak baca tulisan doktor yang doktor sangat tu sekian hahhahhaaa...

    ReplyDelete
  11. untuk tajuk boleh gunakan font yang tak fancy sangat dan mudah dibaca. Mungkin boleh letak ubat-ubatan yang betul, ada label, expired date, penyimpanan, lulus KKM macam tu.

    ReplyDelete
  12. Cuba buat poster yang simple tapi jelas maklumatnya.. 1 gambar, 1 wording besar dan beberapa bari penerangan.. Hehe

    ReplyDelete
  13. Seronok baca komen section sebab saya sendiri dapat tambah ilmu 😃 bila saya terbaca medication safety, benda pertama yang terlintas cuma pasal dose ubat dan mungkin side effects ubat tu. Kalau kita ada penyakit keturunan yang mungkin boleh beri kesan lain bila kita makan ubat. Tp kalau nak buat poster cane tu saya tak tau 🤣 buat infografik okay la sikit hahaha

    ReplyDelete
  14. akk pon xpham sgt psl keselamatan perubatan ni.. jd xdpt tlg..
    kalo hal keselamatan makmal tmpt keje akk tau la.. haha..

    nt buat poster cntik2 okaayyy!

    ReplyDelete
  15. Teringat soalan SPM 2019, subjek yang Kak Amie ajar. Ada satu soalan tanya bagaimana cara mengurus lebihan ubat-ubatan yang tamat tempoh. Salah satu jawapan yang boleh diterima ialah kembalikan ke hospital. Lebih kurang begitulah.

    ReplyDelete
  16. choiyok2 atiqahhh. semoga ada rezeki. Saya nak bagi pendapat pun belum berfungsi otak ni tambahan bukan bidang kita wak hehe

    ReplyDelete
  17. Okay ni memang bukan bidangg saya. Saya baca tajuk saya kaitkan dengan SOP covid ni. tetapi takde kena mengena dengan ubat pulak. HAHAHA . Tapi saya yakin poster kali ini adalah more kepada infografik. Boleh cari 3 isi penting dalam poster ini. Kaitkan juga statistik macam "berapa ramai sebenarnya terlepas pandang dengan keselamatan ubat" , berapa ramai yang sebenarnya menerima kesan yang buruk dalam keselematan ubat ini.

    So basically kalau saya , saya akan sertakan 3 kepentingan keselamatan ubat .
    statistik berapa ramai mendapat effect apabila gagal melaksanakan keselamatan ubat. Dan melalui statistik pertama ini boleh kaitkan dgn bukti statistik bahawa mereka ini sebenarnya tidak sedar atau tidak tahu bagaimanakah keselamatan ubat . Kemudian selitkan , beberapa langkah general bagaimana nak amalkan kesemelatan ubat ini.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)