Thursday, 8 April 2021

Korean Drama: Oh My Ghost


Korean Drama Oh My Ghost | Sebuah drama yang bergenre komedi, fantasi, romantik dan kuasa supernatural dan ditayangkan pada 03 Julai 2015 sehingga 22 Ogos 2015 di siaran tvN. Drama yang dibintangi oleh Cho Jung Seok, Park Bo Young, Kim Seul Gi dan ramai lagi. 

Info drama:
  • Tajuk: Oh My Ghost
  • Pengarah: Yoo Je Won
  • Penulis: Yang Hee Seung
  • Network: tvN
  • Episode: 16 
  • Tarikh tayangan: 03 Julai - 22 Ogos 2015
  • Negara: Korea Selatan

Sinopsis:

Na Bong Sun (Park Bo Young) merupakan seorang pembantu kafe. Bong Sun seorang yang pendiam, pemalu dan rendah diri sejak kecil lagi serta tidak mempunyai kawan. Dia mudah dirasuk hantu kerana neneknya seorang tukang bomoh/dukun. Suatu hari, dia dirasuk oleh hantu iaitu Shin Soo Ae (Kim Seul Gi) 
Kang Sun Woo (Cho Jung Seok) ialah seorang chef yang berjaya dan membuka restorannya sendiri. Na Bong Sun mempunyai perasaan cinta terhadap Sun Woo iaitu bosnya sendiri. Walaupun Sun Woo seorang yang tampan dan berkarisma, dia masih belum dapat melupakan bekas kekasihnya. Na Bong Sun mula mendapat perhatian daripada Sun Woo setelah Bong Sun dirasuk oleh Soo Ae.
Barisan pelakon utama:

Park Bo Young sebagai Na Bong Sun

Kim Seul Gi sebagai Shin Soo Ae


Cho Jung Seok sebagai Kang Sun Woo

Bagi aku, drama ni best. Recommended! Aku sendiri dah berapa kali repeat tengok. Plot drama ni tak berat bagi aku. Santai santai saja. Walaupun ada unsur hantu but do not worry. Tak seram pun! Hantunya tak adalah muka buruk pun. Muka manusia macam tu jugak rupanya hehehe. Soo Ae fikir dia masih berkeliaran di dunia sebab mati ketika masih anak dara tapi tu bukan sebabnya. Sebabnya korang kena tengok sendiri 😛

Bila Soo Ae rasuk badan Bong Sun, Bong Sun dah tak jadi diri dia sendiri. Dia jadi diri Soo Ae. Bertukar menjadi seorang yang periang, mudah berkawan, bergaul. Semua orang macam terkejutlah dengan perubahan diri Bong Sun termasuk Sun Woo. Tapi kalau ada kiss scene, si Soo Ae ni automatik akan keluar dari badan Bong Sun. Soo Ae mati pun ada kaitan dengan adik/abang ipar Sun Woo. 


Lagi satu yang aku minat dalam drama ni ialah Kang Ki Young. Dia ni merupakan salah seorang penghibur dalam sesebuah drama. Kalau ada dia berlakon, mesti best. Contoh drama lain yang ada dia berlakon, What is Wrong with Secretary Kim. Drama tu pun best!

Bekas kekasih Sun Woo

Bong Sun yang lemah *masa ni belum dirasuk oleh Soo Ae*

Soo Ae dikejar oleh penghalau hantu


Bong Sun lepas dirasuk berubah menjadi seorang yang gatal 😂

14 comments

  1. mesti kelakar drama ni ..bertukar personaliti..hehe..

    ReplyDelete
  2. Kita suka betul tengok drama ni. Tengok banyak kali pun tak jumpa tengok bong sun. :)

    ReplyDelete
  3. Last tengok lakonan Park Bo young dalam filem Collective Invention dengan kwang soo. Cho Jung Seok pulak dalam filem Exit dengan Yoona. Cam best gabungan mereka berdua ni.

    ReplyDelete
  4. best citer ni, sila la tengok..

    ReplyDelete
  5. kejar jgn x kejar.. 😅

    ReplyDelete
  6. Tidak silap Park Bo Young ada berlakon cerita Strong Woman DA Boon Soon.
    Oh hantu tidak seram.

    ReplyDelete
  7. Park Bo Young tu cantik jugak ye?

    ReplyDelete
  8. Bestnya kalau dapat luangkan masa tonton cerita Korea. Saya memang peminat drama / filem Korea.

    ReplyDelete
  9. Drama ini memang best gila.. kelakar.. sedih..

    ReplyDelete
  10. Alaaaa.akak nk tgk jugak la ntyy

    ReplyDelete
  11. Comel drama ni, tapi bong sun bila kena rasuk daring sangat perangai. Huhuhu!

    ReplyDelete
  12. pernah nampak tapi tak pernah tgk sbb im not into korean huhu

    ReplyDelete
  13. Satu lagi K Drama yg best untuk ditonton nanti kak. hihi. nice info to share kak. huhu

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)