Showing posts with label Korean. Show all posts
Showing posts with label Korean. Show all posts

Sunday, 26 September 2021

Korean Drama: Squid Game

Squid Game
 
Tarikh tayangan: 17 September 2021
Jumlah episod: 9 episod
Genre: Survival, Aksi, Thriller
Pelakon: Lee Jung Jae, Park Hae Soo, Heo Sung Tae, Wi Ha Joon
 
Sinopsis:
 
Ki Hoon (Lee Jung Jae) dipecat dari pekerjaannya dan menyebabkan hidupnya sengsara. Dia ditawarkan untuk meyertai satu permainan survival rahsia dimana hadiah yang bakal dimenangi oleh seorang pemenang adalah merupakan wang tunai sebanyak 45.6 billion won (RM 167 juta). Ki Hoon memutuska untuk menyertai permainan itu atas desakan hidup yang kesempitan wang.
 
Sementara itu, Sang Woo (Park Hae Soo) yang dianggap Ki Hoon seperti adiknya dan vice versa. Mereka membesar bersama-sama di kampung dan berlatar belakang keluarga yang miskin. Walaupun Sang Woo datang dari keluarga yang miskin, tetapi dia merupakan bekas pelajar lulusan dari universiti berprestij dan mendapat pekerjaan yang baik. Sang Woo memutuskan untuk turut serta dalam permainan survival rahsia tersebut dengan Ki Hoon kerana menghadapi krisis iaitu terlibat dalam penyalahgunaan dana syarikat.
 
!SpoilerAlert!
 
My Review:
 
As for me, best! Recommended! Tapi ada baca review orang lain yang cakap Squid Game ni biasa biasa je. Best lagi Alice in Borderlands. Aku tak tengok lagi Alice in Borderlands, jadinya tak boleh nak compare antara dua drama ni.  First of all, dalam drama ni ada scene 18sx dalam episod 4 dan juga episod 7. Bukan sepanjang episod, tapi dalam beberapa minit sahaja.

Permulaan cerita agak perlahan, bagi aku a little bit boring. Tapi bila masuk part Ki Hoon dan yang lain-lain mula masuk pertandingan survival rahsia tu, dah hilang boring. Dah rasa excited nak tengok game apa yang bakal mereka semua mainkan. Jumlah semua peserta yang join adalah seramai 456 orang dan jumlah permainan yang bakal mereka pertandingkan adalah sebanyak 6 game.

Saturday, 24 July 2021

Korean Drama: Kingdom Ashin of the North


Kingdom: Ashin of the North merupakan Netflix first original Korean Series telah menemui penonton pada 23 Julai 2021 tempoh hari. Kalau sesiapa yang masih ingat, aku pernah buat entri pasal Kingdom Season I dan Season II sebelum ni. 


Tapi Kingdom: Ashin of the North bukanlah Series III. Bukan berbentuk drama yang berepisod, tapi berbentuk movie yang berdurasi selama 1 jam 33 minit. Bukan Season III tapi sidequel dari Kingdom Season II yang menampilkan seorang wanita yang bernama Ashin pada episode terakhir dalam Season II.

Senang kata, Kingdom: Ashin of the North ni merupakan permulaan cerita macam mana Kingdom Season I dan Season II boleh tercetus dan terjadi. Orang lain cakap, kalau Ashin ni tak buat masalah, tak akan ada lah Kingdom Season I dan Season II ni.

  • Kingdom Season I
  • Kingdom Season II
  • Kingdom: Ashin of the North
  • Kingdom: Crown Prince - coming soon

Turutan cerita kalau nak tengoklah hehehe. Senangnya Jun Ji Hyun berlakon! Tak banyak bercakap pun HAHAHA. Aku boleh kiralah berapa minit je dia bercakap sepanjang 1 jam 33 minit tu. 

Jun Ji Hyun memegang watak sebagai Ashin.

Ashin merupakan seorang budak perempuan yang baik. Tapi selepas kematian keluarga dan orang kampungnya (perkampungan Seongjeoyain), Ashin berubah menjadi seorang pendendam. Kiranya Ashin berdendam dengan satu pihak yang bernama Pajeowi kerana telah membunuh keluarga dan orang kampungnya di Seongjeoyain.

Ashin terselamat daripada dibunuh sebab pada masa kejadian, Ashin tak ada di dalam kampungnya. Ashin keluar dari kampung kerana mencari satu jenis bunga yang boleh menghidupkan kembali orang yang telah mati. Ashin sampai ke kampungnya, dia tengok semua rumah di kampungnya sudah hangus terbakar. 

Dan ayah Ashin dikhabarkan telah mati dibunuh oleh pihak Pajeowi kerana menyebarkan berita palsu tentang kematian sekumpulan Jurchen Pajeowi. Ayah Ashin cakap orang Jurchen Pajeowi tu mati dibunuh kerana serangan harimau padahal yang sebetulnya mereka mati dibunuh oleh pihak Joseon. 

Ketua tentera pihak Joseon suruh ayah Ashin sebarkan berita kematian orang Jurchen Pajeowi kerana serangan harimau untuk elakkan peperangan berlaku antara pihak Pajeowi dan Joseon. Tapi pihak Pajeowi tahu ayah Ashin menipu. Jadi mereka bunuh ayah Ashin. Dan mereka turut berdendam dengan pihak Joseon kerana telah membunuh orang-orangnya.

Jadi, hutang darah mesti dibayar dengan darah. Bila ketua tentera Joseon tahu pihak Pajeowi nak bunuh pihak mereka, jadi ketua tentera Joseon suruh pihak Pajeowi pergi serang kampung Seongjeoyain sebagai pembalasan.

Seriously, memang bodoh gila ketua tentera Joseon tu, sanggup suruh pihak Pajeowi pergi serang dan bunuh orang kampung Ashin padahal mereka semua tak bersalah. Mereka semua tak tahu apa apa pun. Senang kata, orang kampung Ashin dijadikan kambing hitam oleh pihak Joseon sendiri. Padahal orang kampung Ashin sangat taat setia pada pihak Joseon. 

Dan pada awalnya, Ashin tak tahu pun yang ketua tentera Joseon yang menyuruh pihak Pajeowi membunuh orang kampungnya. Jadi, Ashin berlindung di kem tentera Joseon sampai besar. Setiap hari Ashin berlatih memanah sebab nak bunuh pihak Pajeowi. Sampailah satu hari, Ashin terbaca satu surat di Pejabat Komander, Chupajin yang menyatakan bahawa perkampungan Seongjeoyain dijadikan korban kepada pihak Pajeowi.

Ashin terus tambah pihak Joseon juga dalam senarai dendaman dia. Dia nak bunuh semua orang yang berada di pihak Joseon dan Pajeowi. Jadi, Ashin bunuh seorang tentera Joseon dan hidupkan semula dengan meletakkan satu bunga di tengah tengah dahi tentera tersebut.

Untuk makluman, orang yang dah mati tapi dihidupkan semula akan menjadi zombi. Sesiapa yang digigit oleh zombi akan bertukar menjadi zombi juga. Jadi boleh bayangkan tak betapa huru haranya kem tentera Joseon bila ada seorang tentera telah bertukar menjadi zombi.


Ini lah bunga yang mampu menghidupkan semula orang yang telah mati. 

Jadi macam mana Kingdom Season I dan Season II boleh ada zombi? 
Dari Kingdom: Ashin of the North
Siapa puncanya? Ashin
Sebab apa? 
Sebab berdendam atas kematian keluarga dan orang kampungnya.

Itu aku cakap awal awal tadi, kalau Ashin tak mulakan dengan menghidupkan semula orang yang dah mati, tak akan adanya Kingdom Season I dan Season II. 

Tapi Ashin jadi macam tu pun sebab orang kampung dia mati dibunuh, mati dijadikan korban. Siapa je tak marah? Siapa je tak berdendam? Kalau orang kampungnya tak dijadikan korban, memang tak adalah zombinya. Maka tak akan ada lah semua cerita cerita ni hehehe.






Nampak tak dendam Ashin macam mana? Memang berdendam sungguh! Masa ni, Ashin dah hidupkan semua orang kampungnya yang telah mati dibunuh. Memang semua jadi zombi. Tapi Ashin rantai kaki semuanya. Dan hidangkan manusia sebagai makanan kepada zombi zombi tersebut,

Jadi, sesiapa nak tengok bolehlah tengok di Netflix. Tengok dari Kingdom Season I dan Season II dulu ya, baru proceed Kingdom: Ashin of the North. Dan coming soon Kingdom: Crown Prince. Selamat menonton! ;)

Tuesday, 13 July 2021

Korean Movie: Always


Sinopsis

Cheol Min (So Ji Sub) merupakan seorang lelaki yang penuh misteri. Dia bekerja sambilan pada waktu malam sebagai petugas parking lot. Seorang wanita bernama Jung Hwa (Han Hyo Joo) merupakan seorang wanita kurang upaya (buta) setelah mengalami kemalangan jalanraya semasa waktu muda.

Di dalam bilik petugas parking lot itulah, Cheol Min dan Jung Jwa bertemu dan banyak menghabiskan masa bersama sambil menonton televisyen yang disediakan. Tetapi sesuatu telah berlaku antara mereka berdua. Dan bolehkah kebahagiaan mereka kekal selepas kejadian tersebut?

Sinopsis tamat

Dah lama habis tengok korean movie ini, tapi selalu lupa nak update di blog hehehe. Movie Always dah ditayangkan 10 tahun dulu dah, tapi sekarang baru naik balik. Berasal dari negara Korea Selatan, tapi sekarang dah banyak negara remake movie ini. Asalnya masa aku tengah scroll TikTok, aku nampak ada orang recommend movie Always ini tapi versi negara Turki. Aku lupa nama movie yang versi Turki punya.

Tapi memandangkan aku tak jumpa movie versi Turki, tapi jumpa versi Korea dalam Netflix, jadi tengok sajalah. Sama saja jalan cerita, yang berbeza bahasa dan para pelakon.

Bila tengok poster movie, eh! Ada So Ji Sub lah! Salah seorang pelakon lelaki kegemaran aku. Bila dia nak berlakon semula ya? Dah lama berehatnya! 😤 Last drama aku tengok kalau tak silap, Terius Behind Me. Lepas kahwin, senyap terus ya. Ke aku yang ketinggalan? HAHAHA.

Okey kembali kepada tajuk, not bad movie lakonan Ji Sub ini. Boleh dikatakan agak sedih jugalah. Ada scene scene yang membuatkan air mata keperempuananku menitik. Cheol Min sanggup buat apa-apa sahaja pekerjaan asal dapat duit. Duit yang dia dapat, dia kumpul dan bayar kepada hospital untuk pembedahan mata Jung Hwa.

Jung Hwa bukan buta dari lahir, tapi buta disebabkan terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama ibu dan ayah dia. Tapi, ibu dan ayah Jung Hwa meninggal dunia.

Jung Hwa kemalangan jalan raya pun sebab terkejut tengok ada orang terbakar terjun dari rumah bertingkat. And yes, Cheol Min ada kaitan dengan orang yang terbakar itu. Sebab itu, Cheol Min sanggup buat apa sahaja untuk kembalikan semula penglihatan Jung Hwa sebab dia rasa, Jung Hwa kemalangan dan menjadi buta disebabkan dia. 

Yang sedihnya, Cheol Min janji dengan Jung Hwa yang dia akan ada disisi Jung Hwa bila Jung Hwa selesai pembedahan mata tapi sayang, Cheol Min tak ada. Selepas dua tahun, baru mereka berjumpa semula tapi Jung Hwa tak tahu dan tak kenal yang itu Cheol Min!

Mana nak kenal kalau dah buta sebelum itu kan? Tak sempat nak tengok muka, tiba tiba menghilang tanpa khabar berita. Tapi tapi disebabkan anjing yang Cheol Min pernah hadiahkan sebelum ini kepada Jung Hwa untuk menjadi penjaga sementara Jung Hwa, Jung Hwa dapat berjumpa semula dengan Cheol Min. 

Anjing kan ada deria bau yang sangat kuat, jadi memang mudah sangat untuk anjing itu mengecam bau Cheol Min. Geram aku tengok anjing! Jenis Golden Retriever. Anjing jenis golden retriever memang selalu orang bela sebab salah satunya mampu untuk membantu orang yang memiliki kurang upaya untuk hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Jadi, selamat menonton! Boleh tonton di netflix. 

Monday, 28 June 2021

Korean Drama: Monthly Magazine House


Drama: Monthly House / Monthly Magazine House
Jumlah episod: 16 episod
Network: JTBC
Tarikh tayangan: 16 June - 05 August 2021
Negara: South Korea
Bahasa: Korean

Sinopsis:

Na Young Won (Jung So Min) merupakan seorang editor di Monthly House Magazine. Dia telah bekerja selama 10 tahun tapi masih tidak memiliki rumah sendiri. Setelah dipaksa keluar dari rumah sewa lamanya, Young Won telah menyewa di salah sebuah rumah kepunyaan bosnya iaitu Yoo Ja Sung (Kim Ji Suk) setelah diserang oleh anak lelaki kepada tuan rumah sewanya (rumah kedua yang disewa oleh Young Won selepas dipaksa keluar). Kiranya rumah kepunyaan bos Young Won ini adalah rumah ketiga.

Yoo Ja Sung merupakan seorang CEO dalam syarikat Monthly House Magazine. Bagi Ja Sung, rumah hanyalah alat untuk meningkatkan aset kepunyaannya dan sekadar tempat untuk melelapkan mata. 

Ja Sung dibesarkan dalam keluarga yang miskin dan bagi Ja Sung, satu-satunya cara untuk menjadi kaya raya adalah melalui real estate. 

Sinopsis tamat.

Ada sesiapa yang tengah tengok juga drama ini? Aku macam menyesal juga lah sebab tertengok drama yang on-going. Drama yang dah completed tak nak tengok pula, sibuk tengok drama yang on-going. Jadi, terseksalah tunggu episod baru setiap minggu >.<

Aku tak tahulah aku yang mudah terhibur atau drama Monthly Home Magazine ini memang lawak. Semalam tertengok episod 1 lepas kakak aku cakap yang dia ada terbaca good review tentang drama ini.

Nak tengoklah best ke tidak, eh eh tahu tahu dah habis tengok dah empat episod. Empat episod saja yang baru aku tengok sebab baru ada empat episod. Macam berbelit pula ayat dekat sini hahaha.

Mula mula aku tak minat nak tengok sebab tak minat pelakonnya iaitu So Min dan Ji Seok. So Min bukan ahli member Running Man. Ini So Min lain hehehe.

Tapi rupa rupanya ada juga pelakon lelaki yang pernah berlakon dalam Strong Woman Do Bong Soon. Ala gangster yang  patah gigi itu. Siapa yang tengok drama Do Bong Soon memang akan ingat watak gangster patah gigi itu 😂

Aku memang minat sungguh kalau dia berlakon. Memang menjadi lakonannya, dah lah lawak. Tengok muka dia pun rasa nak gelak dah HAHAHA.

Dan watak yang dibawa oleh Young Won dan Ja Sung pun kelakar. Punyalah kedekut Ji Suk, sampai total makan malam bersama pekerjanya ada limit iaitu 30,000 won sahaja. 

Memang sakit hati lah pekerjanya sebab tak boleh nak minum arak banyak banyak. Sudah lah dua jam sahaja masa yang diperuntukkan untuk makan malam. Memang tak puaslah sebab tak boleh lepak lama lama.

Dan Young Won pula, bercita cita nak beli rumah dalam usia yang muda, dia mula berjimat cermat dalam kehidupannya. Tapi tapi aku rasa macam laju sangat Ja Sung fall in love dengan Young Won. Eh tiberr.

Overall, setakat empat episode aku tengok, aku berpuas hati. Tak boleh tengok sebelum tidur sebab tak bebas nak gelak. Sebab kakak aku selalu tidur awal. Jadi nak ketawa ke gelak ke kena tahan. Kadang kadang tergelak juga, mulalah kakak aku 'adik, bising.' 'adik senyap sikit' 😂

Mahu kena bebel marah dengan kakak aku sebab bising tengah tengah malam HAHAHA. Member dah lah kena bangun awal pergi kerja, kalau tidur terganggu, memang tak dapat tidur yang berkualitilah. 

Nota jemari: Aku tertanya tanya siapalah yang hantar mesej ugutan kepada Ja Sung? Mesej ugutan nak bunuh Ja Sung, dan rumah yang Young Won sewa itupun ada kaitan dengan orang yang hantar mesej ugutan kepada Ja Sung.

Friday, 18 June 2021

Korean Movie: Spellbound


Sinopsis:

Sejak usia muda, Yeo Ri boleh melihat hantu dan disebabkan kebolehannya melihat hantu, banyak perkara yang telah berlaku kepada orang yang berada di sekelilingnya. Yeo Ri mula mengasingkan diri daripada dunia luar.

Ketika menjadi pembantu di dalam Horror Magic Show seorang ahli silap mata yang bernama Jo Goo, Yeo Ri secara tidak langsung menjadi rapat dengan Jo Goo setelah Jo Goo diganggu oleh seorang budak kecil yang dilihat berada di rumah Yeo Ri.

Bolehkah Jo Goo membantu Yeo Ri untuk mencari jalan keluar atau adakah dia akan dikejar oleh hantu hantu seperti semua orang yang hadir dalam hidup Yeo Ri?

Sinopsis tamat.

Beginilah kehidupan seorang atiqah najihah yang kebosanan terperap dalam rumah. Habis semua drama atau movie ditengok. Yang habis tengok, habislah. Yang tergendala sekerat jalan, tak tahu bila boleh habis tengok HAHAHA.

Sebenarnya dah lama nampak poster movie ini di dalam aplikasi Viu tapi tak tergerak hati pula nak tengok. Tapi lepas tengok review daripada seseorang di twitter, terus pergi tengok.

Movie Spellbound ini dah keluar lama dah, tahun 2011. Awal awal tak cam siapa dia Yeo Ri itu. Eh rupa rupanya girlfriend Hyun Bin iaitu Son Ye Jin! Tak berubah mukanya ya, makin cantik sekarang ini hehehe.

Okay back to the movie, boleh tahan lah. Not bad. Nak cakap best sangat, tak juga. Nak cakap tak best, itupun tidak juga. Tengah tengah 😂

Kasihan dengan kehidupan Yeo Ri sebab dia terpaksa mengasingkan diri daripada orang ramai. Keluarga dia sendiri terpaksa berpindah ke Norway sebab takut terjadi sesuatu kepada mereka. Makna kata, Yeo Ri tak boleh ada sesiapa dalam hidup dia. Tak boleh rapat. Kalau rapat, nanti nanti adalah berlaku sesuatu kepada orang yang rapat dengan Yeo Ri.

Kawan kawan? Dia berhubung melalui telefon sahaja. Nak berjumpa takut. Jadi telefon saja tempat dia berkomunikasi dengan kawan kawannya dan keluarganya. Tidur malam pun tak lena sebab sentiasa ada hantu yang akan mengganggunya. 

Tapi lepas berjumpa Jo Goo, kehidupan Yeo Ri agak berubah. Jo Goo pun tak terlepas daripada terkena sesuatu. Kemalangan jalan raya, signboard kedai (kalau tak silap) almost jatuh atas kepala dari tempat yang tinggi. Dan paling teruk masa tengah buat magic show. Hampir mati. Tapi berjaya diselamatkan.

Lawak part last sekali bila kawan Jo Goo jatuh cinta dengan hantu HAHAHA. Dia tak tahu itu hantu, siap luah perasaan lagi. Luah perasaan itu okey lagilah, ini siap ajak kahwin lagi 😂 

Kalaulah dia tahu itu hantu, sah sah demam seminggu rasanya :')

Apa apapun, selamat menonton! Boleh tengok di aplikasi Viu bagi sesiapa yang ada akaun Viu. Bolehlah buat hilang bosan musim lockdown ini hehehe.

Sunday, 13 June 2021

Korean Movie: Pawn


Sinopsis:

1993, Doo Seok bekerja sebagai seorang pemungut hutang. Dia merupakan seorang yang garang dan menakutkan tapi sebenarnya memiliki hati yang sangat baik. 

Dia telah pergi berjumpa dengan seorang wanita bernama Myung Ja dan anak perempuannya bernama Seung Yi. Akibat tidak mampu untuk membayar hutang, Seung Yi telah dijadikan jaminan sementara selagi ibunya tidak selesai melunaskan hutang yang dipinjamnya.

Tetapi, belum sempat Myung Ja menyelesaikan hutangnya, dia telah ditahan oleh polis kerana dia merupakan seorang pendatang tanpa izin dan dihantar pulang ke negara asalnya iaitu China.

Tiba tiba, Doo Seok menjadi penjaga kepada Seung Yi.

Sinopsis tamat.

Menitik air mata keperempuananku bila tonton movie ini. Sedihnya bila dia terpisah dari ibunya. Menangis dan meraung Seung Yi bila Doo Seok cakap ibu dia sudah dihantar pulang ke China. 

Mak dia tak sempat nak bayar hutang, keluar dari pondok telefon terus ada polis menanti. Memang tak sempat buat apa apa. Tapi mak dia cakap 'pakcik' Seung Yi yang akan tolong bayarkan hutangnya dan jaga Seung Yi. 

Tapi sementara menunggu 'pakcik' Seung Yi datang melunaskan hutang ibunya, Seung Yi tinggal bersama sama Doo Seok dan kawan Doo Seok iaitu Jong Bae.

Doo Seok dah curiga bila 'pakcik' sendiri tak ingat nama anak saudaranya. Kalau aku tengok 'pakcik' itupun aku curiga. Nampak macam jahat. Dan memang betul! 

Orang yang Doo Seok sangka 'pakcik' Seung Yi ialah seorang penipu. Sanggup pakcik itu menjual Seung Yi kepada orang lain. Jual kepada seorang perempuan yang buka tempat ala ala pelacuran (lebih kurang). 

Tapi dia tak lacurkan Seung Yi. Cumanya Seung Yi dikerah bersihkan tempat bertemu pelanggan dan tak dihantar ke sekolah seperti yang dijanjikan. Setiap malam Seung Yi menangis sampailah suatu hari Seung Yi berjaya hubungi Doo Seok.

On the spot, Doo Seok terus pergi cari. Nasib baik, Doo Seok berjaya menjumpai Seung Yi. Sanggup Doo Seok bayar balik kepada orang yang telah membeli Seung Yi. Betapa sayangnya dia kepada Seung Yi :')

Bermula hari itu, dia menjaga Seung Yi. Jadikan Seung Yi sebagai anak angkat sebab Seung Yi tak boleh pergi ke sekolah kerana bukan warganegara Korea. Jadi Doo Seok jadikan Seung Yi sebagai anak angkat. Barulah Seung Yi boleh ke sekolah.

Sanggup pergi ke China dan bawa Seung Yi berjumpa ibu kandungnya yang tengah sakit. Sanggup bersusah payah mencari ayah kandung Seung Yi yang disangka telah meninggal dunia.

Tapi suatu hari, Doo Seok menghilang secara tiba tiba. Seung Yi dan Jong Bae puas mencari dan akhirnya selepas 10 tahun, mereka berjaya mencari Doo Seok yang sedang sakit.

Tapi bagi aku, memang sedih movie ini. Walaupun bukan anak kandung dia, tapi dia jaga macam anak kandung sendiri. Dah besar panjang pun, dia masih ambil Seung Yi di sekolah. 

Tapi Seung Yi masa kecil comel gila! Pandai berlakon!  

Overall bagi aku, movie ini best. Tapi tak ada lah sedih macam korean movie Miracle Cell in No 7. Yang itu terpaling sedih! 😂 Tengok empat kali pun, empat kali jugalah menangis HAHAHA.

Apa apapun, selamat menonton! Boleh tonton di Viu bagi sesiapa yang ada account Viu ;)

Tuesday, 8 June 2021

Korean Movie: Sweet & Sour


Sinopsis:

Jang Hyeok (Jang Ki Yong) menjalinkan hubungan romantis dengan Jung Da Eun (Chae Soo Bin) yang bekerja sebagai seorang jururawat. Jang Hyeok terpaksa berulang alik dari Incheon ke Seoul pada setiap hari kerana dihantar ke syarikat besar untuk menguruskan beberapa projek bersama Bo Yeong (Krystal). 

Lama kelamaan, Jang Hyeok mula berasa letih untuk berulang alik pada setiap hari kerana seringkali terperangkap di dalam kesesakan lalulintas. Pada masa yang sama, Hyeok dan Bo Yeong mula menjadi rapat kerana selalu menghabiskan masa bersama sama hingga lewat malam kerana bekerjasama dalam menguruskan projek di syarikat tempat mereka bekerja. 

Dan Hyeok mula mengabaikan Da Eun yang sering bersendirian di Incheon dan akhirnya Da Eun mulai rapat dengan salah seorang pesakit di tempat kerjanya yang juga bernama Lee Jang Hyeok.

Sinopsis tamat.

Penangan Jang Ki Yong dalam My Roommate Is A Gumiho, sis dah mulai minat dengan Ki Yong. Hehehe. 

Kembali kepada topik asal, bagi aku curang bukan masalah utama dalam movie ini. Bagi aku, Hyeok dan Da Eun sendiri yang bermasalah. 

Hyeok yang terlampau sibuk menguruskan projek syarikatnya dan Da Eun yang mula merasa Hyeok jauh darinya dan memutuskan untuk pergi kepada seseorang yang boleh membuatnya merasa disayangi.

Tak boleh nak salahkan Hyeok 100% dalam hal ini tetapi tak boleh nak salahkan Da Eun juga. Macam aku cakap tadi, dua dua salah 😂 Da Eun mulai rapat dengan second Hyeok (nama sama so a little bit confused) sebab Da Eun mulai berasa kesepian akibat selalu ditinggalkan bersendirian oleh teman lelakinya.

Da Eun cuba cari masa supaya dapat spend time dengan Hyeok bila Hyeok pulang ke rumah. Tapi, Hyeok selalu penat, penat dan penat. 

Sepatutnya mereka berdua berbincang macam mana nak menyelesaikan masalah yang berlaku dalam hubungan mereka.

Jarak rumah dengan tempat kerja yang menjadi masalah utama mereka. Boleh saja kalau Da Eun pindah dan duduk sekali dengan Hyeok di Seoul. Ataupun Hyeok tak payah terima tawaran bos lamanya untuk uruskan projek di syarikat besar.

Geram betul dengan pakcik yang selalu tutup lampu syarikat sedangkan Hyeok dan Bo Yeong masih ada di dalam pejabat pada masa itu. Tak tahulah apa motif pakcik itu 😂 Nak suruh Hyeok bercinta mungkin dengan Bo Yeong sedangkan Hyeok sudah ada Da Eun pada masa itu.

Kiranya, second Hyeok mengisi kekosongan yang dirasai oleh Da Eun saat ditinggalkan oleh teman lelakinya. Saat Da Eun baru sahaja menggugurkan kandungannya, second Hyeok yang menemaninya. 

First Hyeok (teman lelakinya) terpaksa pergi ke pejabat untuk setelkan projek sedangkan sudah apply cuti untuk temankan Da Eun yang baru sahaja menggugurkan kandungannya.

Memang Da Eun bagi teman lelakinya pergi pejabat tapi baliklah ke rumah semula lepas selesai waktu pejabat :') Ini tidak. Bermalam di pejabat bersama Bo Yeong. 

Apa apapun, masing masing ada pendapat masing masing kan 😂 Ada yang cakap begitu, ada yang cakap begini. Andaian masing masing hehehe.

Tapi bagi aku, recommended to watch! 

10/10!


Di mana silapnya?


"If you miss a cab, you can wait for the next one. But, if you lose a person, they are lost for good."

Sunday, 6 June 2021

Korean Drama: Doom at Your Service


Sinopsis:

Doom At Your Service mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Tak Do Kyung (Park Bo Young) yang merupakan seorang penyunting, di sebuah syarikat novel. 

Myul Mang (Seo In Guk) secara tiba tiba muncul dalam kehidupan Do Kyung. Dia membuat perjanjian selama 100 hari dengan Myul Mang, mempertaruhkan nyawa dan cintanya. 

Sinopsis tamat.

Serious talk, sampai episode yang paling latest iaitu episode lapan, aku masih tak faham jalan cerita drama korea ini 😂 Aku tak tahu lah kenapa aku pending teruk bila tengok Doom At Your Service ini. 

Kakak aku pun tengok dan dia pun sama macam aku. Tak faham jalan cerita. Aku tengok pun sebab minat heroin dalam drama ini iaitu Park Bo Young. 

Tapi nak memahami 100% jalan ceritanya, aku masih tak boleh HAHAHA. Ada yang tengah tengok juga ke drama ini? Adalah juga baca komen komen orang lain di Facebook, Twitter, Instagram tapi masih tak faham faham :')

Tak tahulah episode berapa aku akan faham semuanya, entah entah sampai habis episode pun masih tak faham faham. 

Yang aku faham, Do Kyung ada penyakit dan mempunyai beberapa bulan sahaja lagi untuk hidup. Dan masa mabuk, Do Kyung ada membuat permintaan ketika meteor melintas iaitu nak musnahkan dunia ini sebelum dia meninggal. Tiba tiba muncul Myul Mang dalam kehidupannya. 

Yang perjanjian 100 hari yang aku tak faham sebenarnya. Apa yang mereka janjikan? Kalau salah seorang langgar kontrak, apa yang akan jadi? Dan sebagainya.

Yang dewa itupun aku tak tahu tugas dia apa. Sepanjang masa duduk di hospital. Kadang kadang muncul secara tiba tiba dalam hidup Do Kyung. 

Nota jemari: Sesiapa yang tengah layan drama ini, mind to explain jalan cerita dia? 😂

Saturday, 5 June 2021

Korean Drama: My Roommate Is A Gumiho


Sinopsis:

My Roommate Is A Gumiho mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Shin Woo Yeo (Jang Ki Yong) iaitu seorang profesor yang tampan dan pintar. Dia juga merupakan seekor rubah yang berekor sembilan (9) dan berumur 999 tahun. 

Dia mengumpulkan tenaga manusia dalam sebiji manik untuk berubah menjadi seorang manusia yang betul betul manusia. 

Sementara itu, Lee Dam (Hyeri) adalah seorang pelajar universiti. Suatu hari, rakannya yang mabuk telah tertidur dan termuntah di atas kereta Shin Woo Yeo. Semasa menolong rakannya yang mabuk, ada terjadi suatu kemalangan yang mengubah nasib Lee Dam dan Shin Woo Yeo. Manik kepunyaan Woo Yeo telah terjatuh dan masuk ke dalam mulut Lee Dam tanpa sengaja. 

Manik itu cuma boleh berada dalam badan manusia selama satu tahun sahaja kerana jika melebihi satu tahun, manik tersebut akan pecah dengan sendiri. Ini akan menyebabkan Lee Dam akan mati dan Woo Yeo kehilangan peluang untuk menjadi manusia. 

Woo Yeo mencadangkan mereka untuk tinggal bersama bagi mengeluarkan manik tersebut disamping menjaga Lee Dam daripada sakit akibat tersentuh lelaki yang lahir pada tahun harimau. Harimau merupakan musuh kepada rubah.

Sinopsis tamat.

So far so good. Baru ada empat episodes hehehe. Kira on-going drama lah. Banyak betul drama korea ya, tak menyempat nak tengok satu satu HAHAHAHA. Sekejap tengok Beyond Evil, sekejap tengok Doom at Your Services, Sell Your Haunted House, nanti Penthouse Season 3 pula, itupun satu episode satu minggu. Betul betul nak menyeksa penonton hahaha. Eh terover pula 😂

Back to this drama, bagi aku best! Kelakar! Aku tak pernah kenal hero dan heroin drama ini, tapi bila pertama kali tengok drama My Roommate Is A Gumiho ini, rasa macam chemistry mereka kuat. Kira serasi lah hehehe.

Disebabkan tak sengaja tertelan manik, tak pasal pasal Lee Dam kena duduk satu rumah dengan rubah berekor sembilan. Kena berhati hati dengan lelaki yang lahir pada tahun harimau sebab harimau musuh utama rubah.

Kalau lelaki yang lahir tahun harimau tersentuh atau menyentuh Lee Dam, Lee Dam akan jatuh sakit. Dan rubah itu sahaja yang boleh menyembuhkan sakit itu. 

Tapi confirm lah rubah itu mesti akan jatuh cintanya dengan Lee Dam. Standard cerita kan HAHAHA. Episode empat ini pun dah nampak sikit sikit bibit bibit cinta mulai timbul antara Woo Yeo dengan Lee Dam. 

Dah genre romantik kan, memang tak lari lah daripada kisah percintaan itu. Tapi harap harap bukan sad ending lah ya :')

Selamat menonton! :)

Saturday, 29 May 2021

Korean Movie: Recalled


Ada yang dah tengok ke movie korea yang baru keluar baru baru ini? Aku hari ini baru berkesempatan tengok. Bosan tak tahu nak buat apa, puas baring, bangun, termenung, last last tengok movie HAHAHA. Nak tengok Penthouse Season II tak ada mood lagi, nak tengok Sell Your Haunted House pun sama, masih tak ada mood.

Last last tengok movie Recalled. Movie keluaran negara South Korea ini dibintangi oleh Seo Ye Ji, Kim Kang Woo dan ramai lagi. Movie ini ditayangkan betul betul pada minggu Seo Ye Ji terpalit dengan kontroversi kekasih lama dia iaitu Kim Jung Hyun iaitu pada 21 April 2021. 

Walaupun terpalit dengan kontroversi, movie ini tetap menjadi Korea box office! Bukan biasa biasa. 

Sinopsis Recalled:


Kim Soo Jin (Seo Ye Ji) terlibat dalam kemalangan dan apabila sedar daripada koma, dia tidak ingat apa apa yang berlaku. Berkat penjagaan suaminya iaitu Lee Ji Hoon (Kim Kang Woo), Soo Jin dapat pulang dari hospital. 

Tetapi, pada suatu hari, Soo Jin dapat melihat masa depan orang, saat saat mereka menghadapi situasi berbahaya. Kebetulan, Soo Jin bertemu dengan rakan sekerjanya. Bekas rakan sekerjanya menceritakan sesuatu yang dia tidak boleh percayai. 

Sinopsis diambil daripada AsianWiki

Benda pertama aku assumed bila tengok permulaan movie ini, lelaki yang mengaku sebagai suaminya itu bukan suami betulnya. Dan betul jangkaan aku! 😂 Rupa rupanya dia ialah abang angkat yang menyamar sebagai suami Soo Jin.

Soo Jin sebenarnya bukan boleh melihat masa depan, tetapi melihat masa lalunya. Mula mula dia jumpa budak perempuan dan budak lelaki. Kemudian, dia jumpa seorang remaja perempuan. Itu semua masa lalu Soo Jin. Soo Jin masa kecil dan Soo Jin masa remaja. Budak lelaki itu abang angkat dialah.

Lepas kematian mak Soo Jin, Soo Jin tinggal dengan Sun Woo dan ayah Sun Woo. Tapi ayah Sun Woo jahat, nak bunuh Soo Jin. Tapi Sun Woo berjaya selamatkan, end up Sun Woo terbunuh ayahnya sendiri. 

Nama abang angkat dia Kim Sun Woo, dan dia menyamar sebagai suami adiknya pun bersebab. Tapi sad ending, abang dia meninggal :') Emosi kejap tengok movie ini HAHAHAHA sebab tak expect abang angkat dia akan meninggal. Suami Soo Jin pula masuk penjara sebab bunuh orang. 

Nak cerita lebih lebih takut spoilers >.< Jadi, nak tahu lebih lanjut boleh tengok sendiri hehehe. Tak adalah best sangat sangat, tapi tak ada boring sangat sangat. Bagi aku, boleh diterima. Aku bagi 8.7/10. 

Soe Ye Ji berlakon memang best, memang menjadi watak dia. Tengok dalam It's Okey to Not Be Okey lah, memang menjadi watak separuh gila dia tu HAHAHA. 

Tapi macam kecewa juga lah bila Ye Ji terpalit dengan kontroversi baru baru ini, dia undur diri dari semua drama atau movie yang telah dipersetujui oleh Ye Ji.

Sunday, 25 April 2021

Korean Drama: Sell Your Haunted House


Korean Drama Sell Your Haunted House | Kalau kalian baca tajuknya, kalian mesti boleh teka kan genre drama korea ini? Drama ini baru ditayangkan pada 14 April lepas dan dijangka tamat tayangan pada 03 Jun 2021. 


First, aku nak tengok drama korea Beyond Evil sebab kak Ret cakap best. Tapi tertengok drama ini pula HAHAHA. Jadinya Beyond Evil masih dalam waiting list. Sebelum itu, aku tengok di apps Viu. Kena premium account baru boleh tengok kalau tak silap. Tak mahal macam netflix pun premium account Viu. Kalau account aku dalam RM12.90 untuk sebulan.


Okey, proceed to the drama, drama korea ini tak adalah seram mana. Ala ala drama korea Hotel Del Luna. Muka hantunya tak menyeramkan pun sebab masih muka manusia yang sudah mati. Tak ada yang bernanah ke berlubang ke atau apa apa yang mengerikanlah.


Cumanya, scene roh tidak tenang nak muncul itu kadang kadang mengejutkan aku juga 😂 Lampu kelip kelip dan tiba-tiba roh itu ada. Pusing belakang, roh itu tak ada. Tapi bila pusing depan balik, tiba-tiba roh itu ada berdiri depan. Tapi itu scene yang normal kan dalam semua drama. Jadi kita sebagai penonton pun boleh agak dah hantu akan muncul dimana hehehe.


Rasa nak gelak kecil bila tengok roh mak Ji A sentiasa ada di sisi Ji A, di dalam rumah Ji A. Ji A tak boleh nak "hantar" mak dia ke alam lain sebab ada masalah yang tak dikenalpasti lagi. Dia dah cuba tapi masih gagal. 


Mak Ji A pun merupakan seorang penghalau hantu masa hidup, jadi kiranya Ji A ada kuasa untuk halau hantu mungkin turun temurun dari mak dia. Ji A dalam drama ini seorang yang dingin, pakai baju hitam, lipstick hitam. Sesuai dengan pekerjaannya. Bila dia boleh detect kehadiran roh, mulut dia akan keluarkan asap. Badan jadi sejuk. 


Drama ini pun ada terselit lawak juga. Tapi serious, tak takut pun drama ini. Tengok santai santai saja hehehe. 


Sinopsis:

Hong Ji A (Jang Nara) merupakan seorang CEO syarikat Hartanah Daebak. Dia merupakan seorang penghalau hantu bagi bangunan bangunan yang berhantu. Biasanya owner bangunan akan contact Ji A untuk halau hantu yang berkeliaran dalam bangunan dan proceed untuk jual bangunan itu kepada orang lain lepas selesai upacara menghalau hantu. 

Oh In Bum (Jung Yong Hwa) merupakan seorang penipu. Dia menipu dengan "mengada adakan hantu" untuk mendapatkan wang. Kiranya, dia buat buat ada hantu di bangunan dan owner akan pasang alat yang dicipta olehnya untuk halau hantu. Padahal semua itu menipu.  

Tapi ditakdirkan In Bum dan Ji A bertemu dan bekerjasama dalam menghalau hantu kerana In Bum merupakan seseorang yang mudah dirasuk oleh roh yang tidak tenang. Bila mudah dirasuk oleh roh yang tidak tenang, jadi lagi mudah untuk Ji A hapuskan roh roh yang tidak tenang tersebut. 

In Bum dan Ji A turut bekerjasama untuk membongkar rahsia kematian ibu Ji A yang meninggal 20 tahun yang lalu. Kematian ibu Ji A dikatakan ada kaitan dengan kematian pakcik In Bum.

Standard drama, hero dan heroin mesti ada kena mengena. Kan? Lepas selesai upcara hantu, ingatan roh yang tak tenang itu akan serap ke dalam badan Ji A. Jadi Ji A akan nampak semua yang berlaku dalam hidup roh yang tidak tenang tersebut. Perangai pun akan terikut ikut, tapi dalam masa seminggu saja


Lepas seminggu, Ji A akan back to normal. Tapi ingatan roh kekal selamanya. Tapi lepas Ji A berjumpa dengan In Bum, In Bum yang akan menyerap ingatan dan perangai roh yang tidak tenang. Padahal sebelum ini, Ji A sahaja yang akan menyerap. Ji A pun pelik kenapa In Bum mampu menyerap ingatan dan perangai roh tidak tenang. 


Pekerja Ji A sebelum kehadiran In Bum pun tak pernah serap ingatan dan perangai roh tidak tenang. Lagi satu, In Bum pun mampu memanaskan badan Ji A lepas Ji A selesai menghalau roh yang tidak tenang. 


Jang Nara walaupun umur dah mencecah 40 tahun, tapi masih nampak muda kan? Tak nampak 40 tahun pun, nampak dalam akhir 30-an. Drama dia mostly best best contoh The Last Empress, VIP, Confession Couple dan banyak lagi.


Nota jemari: Nak tahu lebih lanjut, boleh tengok sendiri 😛

Wednesday, 21 April 2021

Korean Drama: So I Married An Anti Fan


Korean drama So I Married An Anti Fan | Tiga tahun diperam, akhirnya drama So I Married An Anti Fan yang dibintangi oleh Choi Tae Joon, Choi Sooyoung dan Hwang Chan Sung akan menemui penonton dan akan ditayangkan di iQIYI dan Viki pada hari terakhir bulan April iaitu pada 30 April 2021. 


Sebenarnya drama ini dah selesai shooting dan dijadualkan tayangan pada tahun 2018 atau 2019, tetapi disebabkan tidak menemui saluran tv dan platform mana yang ingin membeli hak tayang, jadi drama ini terpaksa ditunda sampai ke tahun 2021.


Sebab lain drama ini ditangguhkan adalah kerana pelakon utama itu sendiri iaitu Tae Joon dan Chan Sung memasuki military service yang diwajibkan oleh negara Korea. Jadi, nanti susah nak buat marketing drama.


Sinopsis drama:

Hoo Joon (Choi Tae Joon) adalah seorang idol popular, sementara Geun Young (Choi Sooyoung) adalah seorang wartawan majalah. Untuk menerbitkan artikel berita yang berpotensi, Geun Young membuat keputusan untuk datang ke pelancaran sebuah kelab.  

Di kelab itu, dia ternampak tingkah laku yang tidak senonoh seorang Hoo Joon. Malahan, dia juga turut muntah di atas Hoo Joon secara tidak sengaja. Hal ini telah mengakibatkan Geun Young kehilangan pekerjaannya. 

Geun Young bertindak melakukan tunjuk perasaan di hadapan pejabat pengurusan Hoo Joon kerana beranggapan bahawa Hoo Joon punca dirinya dipecat sebagai wartawan majalah. 

Perlahan lahan, dia mula dikenali sebagai anti fan setelah mendapat liputan daripada pihak media mengenai tunjuk perasaannya terhadap Hoo Joon.

Sumber: Kakimuvee


Dah lama tak nampak Tae Joon dengan Chan Sung berlakon. Last drama kalau tak silap Suspicious Partner (Tae Joon) dan What's Wrong with Secretary Kim (Chan Sung). 


Walaupun tak minat Soo Young, tapi minat Tae Joon dan Chan Sung, so drama ini wajib ditengok 😂 Drama yang sedia ada ini pun tak tertengok tengok lagi HAHAHA. Baca orang lain komen pun semua cakap drama ni versi filem China best! Berharap versi drama Korea pun bestlah juga. 


Tiga tahun diperam, kalau tak best, sia sia sajalah peram selama tiga tahun itu kan hahaha. Tapi bagi aku, bila baca sinopsis drama ini macam tak berapa best, itu pendapat aku lah. Nak tahu best ke tidak, tunggu 30 April ini. Tak lama dah hehehe.

Sunday, 18 April 2021

Korean Drama: Abyss


Korean Drama Abyss | Sebuah drama bergenre komedi, fantasi, undang undang, romantik, suspense dan kuasa supernatural. Ditayangkan pada 06 May 2019 hingga 25 June 2019 di tvN. Dibintangi oleh Park Bo Young, Ahn Hyo Seop dan ramai lagi.


Info drama:

  • Tajuk: Abyss
  • Pengarah: Yoo Je Won
  • Penulis: Moon Soo Yun
  • Network: tvN
  • Episode: 16
  • Tarikh tayangan: 06 May 2019 hingga 25 June 2019
  • Negara: Korea Selatan


Sinopsis:

Ko Se Yeon (Kim Sa Rang) adalah seorang pendakwa raya yang cantik dan pandai dalam pekerjaannya. Pada suatu hari, dia telah mati dibunuh dirumahnya ketika pulang bekerja. Kerana sebiji bola misteri, Se Yeon dihidupkan semula tetapi muka yang berbeza. Ko Se Yeon yang dihidupkan semula (Park Bo Young) tetap memiliki penampilan yang sama.  

Sementara itu, Cha Min (An Se Ha) merupakan seorang yang kaya dan memiliki syarikat kosmetik sendiri. Dia merupakan seorang lelaki yang tidak menarik dan tidak tampan tetapi seorang yang pintar, baik hati dan merupakan kawan baik kepada Ko Se Yeon. Dia terjun dari bangunan yang tinggi kerana kecewa tunang/kekasih ingin memutuskan hubungan dengannya.  

Cha Min juga berjaya dihidupkan semula kerana bola misteri yang bernama Abyss. Cha Min (Ahn Hyo Seop) yang dilahirkan semula memiliki wajah yang tampan dan perangai yang masih sama seperti Cha Min yang lama. 

Barisan pelakon utama:


Ahn Hyo Seop sebagai Cha Min versi 2

Park Bo Young sebagai Ko Se Yeon versi 2

Kim Sa Rang sebagai Ko Se Yeon versi 1


An Se Ha sebagai Cha Min versi 1

Best! Recommended! Aku minat betul kalau si comel Park Bo Young berlakon. Tak padan dengan kecil, tapi berbakat. Tetap maintain muka kebudak-budakan padahal umur dah mencecah 31 tahun, dan yang pasti tiada pembedahan plastik okey hahaha. 

Sebetulnya drama ini memanglah mengarut sebab dah mati tapi dilahirkan semula. Nama pun drama, macam macam boleh berlaku. Tapi drama ini best sebab tak fokus kepada romantik semata mata. Se Yeon berusaha mencari siapakah yang membunuh dirinya. 

Ingat semua doktor baik ke? Haaa dalam drama ini ada seorang doktor yang jahat, pakej dengan anak lelaki dia pun jahat. Mujurlah anak perempuan dia baik, tapi anak lelaki jadi macam itu sebab ayahnya yang dari kecil suka marah marah dan pukul mereka.

Tapi lawak juga ya bila pegawai polis itu ingat Se Yeon versi 2 itu bekas kekasih dia. Sebabnya, muka Se Yeon versi 2 itu betul-betul sama dengan bekas kekasih dia. 

Pegawai polis tersebut dah putus dengan kekasihnya, eh eh tiba-tiba kekasih dia datang kepada diri dia semula walhal itu Se Yeon yang mempergunakan muka yang sama dengan bekas kekasih pegawai polis itu untuk mendapatkan maklumat tentang kes pembunuhan dirinya. 

Haaa faham ke tidak? Kalau tak faham, boleh tengok di kissasian atau netflix 😂


Boleh tengok trailer 👆

Friday, 16 April 2021

Korean Drama: Vagabond


Korean Drama Vagabond | Sebuah drama yang bergenre aksi, jenayah, penyiasatan, suspense, thriller dan romance. Ditayangkan pada 20 September 2019 hingga 23 November 2019. Dibintangi oleh Lee Seung Gi, Bae Suzy, Shin Sung Rok dan ramai lagi.


Info drama:

  • Tajuk: Vagabond
  • Pengarah: Yu In Sik
  • Penulis: Jang Young Cheol & Jung Kyung Soon
  • Network: SBS
  • Episode: 16 
  • Tarikh tayangan: 20 September 2019 hingga 23 November 2019
  • Negara: Korea Selatan


Sinopsis:

Cha Dal Geon (Lee Seung Gi) adalah seorang lelaki stunt yang bermimpi menjadi pelakon aksi terkenal di dunia. Kerjayanya musnah apabila anak saudara yang dijaganya mati dalam penerbangan yang terhempas semasa dalam perjalanan dari Incheon ke Maghribi untuk pameran taekwondo.  

Cha Dal Geon melihat seseorang dalam khalayak ramai yang merupakan salah seorang penumpang dalam kapal terbang yang terhempas.  

Go Hae Ri (Bae Suzy) adalah seorang ejen NIS dan kini bekerja secara rahsia di kedutaan Korea di Maghribi. Dia ditugaskan oleh kedutaan untuk membantu keluarga yang berkabung dari kapal terbang yang terhempas.  

Dal Geon meminta pertolongan daripada Hae Ri untuk mendapatkan maklumat tentang lelaki yang dilihatnya di Maghribi. Tidak lama kemudian, Dal Geon dan Hae Ri membongkar konspirasi yang jauh lebih gelap dan menyeramkan daripada yang mereka harapkan.

Barisan pelakon utama:


Bae Suzy sebagai Go Hae Ri

Lee Seung Gi sebagai Cha Dal Geon

Shin Sung Rok sebagai Gi Tae Ung

Best! Recommended! Tapi kalau tak silap ada season 2 yang masih belum pasti bila akan ditayangkan. Kalau sesiapa yang tak suka menunggu, better tak payah tengok lagi HAHAHA. Ending dia tergantung, rasa geram sungguh sebab ending tergantung. Nak tunggu season 2 memang lambat lagilah jawabnya.

Korean drama ini pun tak banyak scene romantik. Sebab dia more to action, penyiasatan dan thriller. Disebabkan anak saudara dia mati, impian dia nak jadi pelakon aksi terkenal tak dapat diteruskan. Dal Geon nak mencari keadilan untuk kematian anak saudara dan kawan kawan sekolah anak saudaranya. Macam macam dia lalui. 

Kapal terbang yang dinaiki oleh anak saudara dan kawan kawannya terhempas sebab konspirasi jahat. Siapa tak marah? Nyawa orang lain dijadikan kambing hitam oleh sesetengah pihak yang tak bertanggungjawab dan jahat. 

Sumpah geram! Hehehe. Tapi lagi geram bila tengok ending dia, time Dal Geon nak tembak seseorang yang keluar dari kereta, alih alih Hae Ri yang keluar. Lepas itu terus habis! Kalau tak faham, boleh tengok di kissasian atau netflix 😂

Tuesday, 13 April 2021

Korean Drama: Memorist


Korean Drama Memorist | Sebuah drama yang bergenre aksi, detektif, misteri, penyiasatan dan thriller dan ditayangkan pada 11 March 2020 hingga 30 April 2020. Dibintangi oleh Yoo Seung Ho, Lee Se Young, Cho Seong Ha dan ramai lagi.


Info drama:

  • Tajuk: Memorist
  • Pengarah: Kim Whee, So Jae Hyun
  • Penulis: Jae Ho (webcomic), Ahn Do Ha, Hwang Ha Na
  • Network: tvN
  • Episode: 16
  • Tarikh tayangan: 11 March 2020 hingga 30 April 2020
  • Negara: Korea Selatan


Sinopsis:

Semasa Dong Baek pelajar sekolah menengah, dia tiba tiba mendapat kekuatan ghaib. Setiap kali dia menyentuh seseorang, dia dapat membaca memori orang tersebut. 

Dong Baek mengatakan kemampuannya untuk membaca minda orang telah menjadikan ia seorang detektif. Semasa menjadi detektif, dia menghadapi kes pembunuhan bersiri yang misteri.  

Kisah silam Dong Baek yang tidak dapat diingati dan bagaimana dia boleh mendapatkan kuasa tersebut turut terbongkar.

Barisan pelakon utama:

Yoo Seung Ho sebagai Dong Baek

Lee Se Young sebagai Han Sun Mi

Cho Seong Ha sebagai Lee Shin Woong

Yes, another drama yang aku cadangkan untuk tengok. Walaupun aku tak minat heroinnya, tapi aku minat heronya. Maka aku gigihkan diri tengok drama korea ini sampai habis kesemua episodenya 😂 

Bulan puasa nak layan drama ini bolehlah sebab langsung tak ada scene romantik. Memang langsung tak ada. Memang 100% penyiasatan kes pembunuhan. 

Best! Genre macam ini aku suka. Kalau romantik sepanjang masa, memang boringlah. Genre macam drama ini boleh buat otak aku sakit memikirkan siapakah pembunuhnya, macam mana boleh berlaku, dan memang banyak betul teori drama ini dalam kepala otak aku. 

Bestnya kalau boleh baca memori orang lain HAHAHA. Boleh tahu apa yang dia sedang fikirkan, apa yang dia pernah buat, semua boleh tahu! Tapi berangan sajalah, dalam drama sajalah yang ada kuasa macam itu. Kalau realitinya memang tak ada. 


Scene gambar atas tu Dong Baek bagi peminat dia pegang diri dia sebab dia nak baca memori budak perempuan tersebut. Tapi kalau dalam mahkamah, cara Dong Baek dapatkan maklumat tentang pembunuhan melalui membaca fikiran orang tak akan valid. 

Sebabnya tak ada bukti. Bukti Dong Baek ialah baca fikiran orang. Kalau begitu, semua orang boleh reka cerita kan hehehe. Jadi Dong Baek memang kena cari bukti fizikal juga untuk membuktikan apa yang dibaca dalam kotak memori seseorang itu betul.


Macam biasa, boleh tonton di apps Viu dan website kissasian. Selamat menonton!

Sunday, 11 April 2021

Korean Drama: Prison Playbook

 


Korean Drama Prison Playbook | Drama bersiri yang menggambarkan kehidupan tahanan dan juga kakitangan di penjara. Sebuah drama yang bergenre komedi dan ditayangkan pada 22 November 2017 hingga 18 Januari 2018. Dibintangi oleh Park Hae Soo, Jung Kyung Ho, Krystal, Lim Hwa Young dan ramai lagi.


Info drama:
  • Tajuk: Prison Playbook
  • Pengarah: Sin Won Ho
  • Penulis: Jung Bo Hoon
  • Network: tvN
  • Episode: 16
  • Tarikh tayangan: 22 November 2017 hingga 18 Januari 2018
  • Negara: Korea Selatan

Sinopsis
Je Hyeok (Park Hae Soo) adalah seorang best relief pitcher di Korea. Dia akan pergi ke United States untuk menandatangani kontrak dengan pasukan liga utama. Pada suatu malam, dia terdengar suara adiknya menjerit meminta pertolongan dan melihat seorang lelaki berlari keluar dari apartment adiknya. 
Je Hyeok dan lelaki tersebut bergaduh dan Je Hyeok memukul lelaki itu dengan menggunakan batu. Atas kesalahannya itu, Je Hyeok diberi hukuman penjara 1 tahun kerana menggunakan kekerasan yang berlebihan. 
Sementara itu, rakan Je Hyeok iaitu Joon Ho (Jung Kyung Ho) bekerja sebagai seorang pegawai di penjara dan dia menantikan kehadiran Je Hyeok di penjara.
Barisan pelakon utama:

Park Hae Soo sebagai Je Hyeok

Jung Kyung Ho sebagai Joon Ho

Krystal sebagai Kim Ji Ho

Lee Kyu Hyung sebagai Yoo Han Yang

Jung Hae In sebagai Yoo Dae Wi


Jung Woong In sebagai Paeng (Pegawai Penjara)

Macam biasa, recommended! Drama Prison Playbook ini tersangatlah underrated tapi sebenarnya drama ini sangat sangatlah best! Walaupun genre komedi, tapi banyak unsur unsur pengajaran yang ada dalam drama ini. Boleh release stress tengok drama ini tapi ada juga scene-scene sedih yang sampai menitiskan air mataku begitu hehehe.

Boleh tengok macam mana kehidupan seorang tahanan semasa di dalam penjara. Seludup itu ini, rasuah pegawai penjara, pukul sana sini dan banyak lagi. Tapi ini kisah seorang tahanan berdasarkan negara di Korea Selatan. Kalau di Malaysia mungkin sama? Ataupun mungkin berbeza? 

Dalam drama ini, ada yang jahat jadi baik. Yang dah keluar penjara, masuk penjara balik sebab dia tak ada sesiapa di luar penjara. Sebatang kara. Yang dia ada hanyalah kawan kawan disebalik tirai besi.

Pegawai penjara tu tersangatlah baik. Tak makan rasuah! Tak semua orang jahat kan, masih ada yang mempunyai hati nurani kan? Rasa nak tengok balik lah lepas post drama ini, serious memang best! Tak tahu kenapa underrated, mungkin sebab pelakon-pelakon bukan kegemaran ramai? Rasanyalah hehehe.


Macam anjing dengan kucing. Selalu bergaduh. Si berselimut itu bijak, Pegawai Farmasi tapi sayang, silap langkah terjebak dengan dadah. Gay pula tu HAHAHA. 



Best! Nanti kalau kalian ada kelapangan masa, bolehlah tengok. Memang best! Tak tipu tahu hehehe.