Korean Movie: Always


Sinopsis

Cheol Min (So Ji Sub) merupakan seorang lelaki yang penuh misteri. Dia bekerja sambilan pada waktu malam sebagai petugas parking lot. Seorang wanita bernama Jung Hwa (Han Hyo Joo) merupakan seorang wanita kurang upaya (buta) setelah mengalami kemalangan jalanraya semasa waktu muda.

Di dalam bilik petugas parking lot itulah, Cheol Min dan Jung Jwa bertemu dan banyak menghabiskan masa bersama sambil menonton televisyen yang disediakan. Tetapi sesuatu telah berlaku antara mereka berdua. Dan bolehkah kebahagiaan mereka kekal selepas kejadian tersebut?

Sinopsis tamat

Dah lama habis tengok korean movie ini, tapi selalu lupa nak update di blog hehehe. Movie Always dah ditayangkan 10 tahun dulu dah, tapi sekarang baru naik balik. Berasal dari negara Korea Selatan, tapi sekarang dah banyak negara remake movie ini. Asalnya masa aku tengah scroll TikTok, aku nampak ada orang recommend movie Always ini tapi versi negara Turki. Aku lupa nama movie yang versi Turki punya.

Tapi memandangkan aku tak jumpa movie versi Turki, tapi jumpa versi Korea dalam Netflix, jadi tengok sajalah. Sama saja jalan cerita, yang berbeza bahasa dan para pelakon.

Bila tengok poster movie, eh! Ada So Ji Sub lah! Salah seorang pelakon lelaki kegemaran aku. Bila dia nak berlakon semula ya? Dah lama berehatnya! 😤 Last drama aku tengok kalau tak silap, Terius Behind Me. Lepas kahwin, senyap terus ya. Ke aku yang ketinggalan? HAHAHA.

Okey kembali kepada tajuk, not bad movie lakonan Ji Sub ini. Boleh dikatakan agak sedih jugalah. Ada scene scene yang membuatkan air mata keperempuananku menitik. Cheol Min sanggup buat apa-apa sahaja pekerjaan asal dapat duit. Duit yang dia dapat, dia kumpul dan bayar kepada hospital untuk pembedahan mata Jung Hwa.

Jung Hwa bukan buta dari lahir, tapi buta disebabkan terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama ibu dan ayah dia. Tapi, ibu dan ayah Jung Hwa meninggal dunia.

Jung Hwa kemalangan jalan raya pun sebab terkejut tengok ada orang terbakar terjun dari rumah bertingkat. And yes, Cheol Min ada kaitan dengan orang yang terbakar itu. Sebab itu, Cheol Min sanggup buat apa sahaja untuk kembalikan semula penglihatan Jung Hwa sebab dia rasa, Jung Hwa kemalangan dan menjadi buta disebabkan dia. 

Yang sedihnya, Cheol Min janji dengan Jung Hwa yang dia akan ada disisi Jung Hwa bila Jung Hwa selesai pembedahan mata tapi sayang, Cheol Min tak ada. Selepas dua tahun, baru mereka berjumpa semula tapi Jung Hwa tak tahu dan tak kenal yang itu Cheol Min!

Mana nak kenal kalau dah buta sebelum itu kan? Tak sempat nak tengok muka, tiba tiba menghilang tanpa khabar berita. Tapi tapi disebabkan anjing yang Cheol Min pernah hadiahkan sebelum ini kepada Jung Hwa untuk menjadi penjaga sementara Jung Hwa, Jung Hwa dapat berjumpa semula dengan Cheol Min. 

Anjing kan ada deria bau yang sangat kuat, jadi memang mudah sangat untuk anjing itu mengecam bau Cheol Min. Geram aku tengok anjing! Jenis Golden Retriever. Anjing jenis golden retriever memang selalu orang bela sebab salah satunya mampu untuk membantu orang yang memiliki kurang upaya untuk hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Jadi, selamat menonton! Boleh tonton di netflix. 

20 comments

  1. ha betul2 drama ni ada byk version kan... x silap k ret tgk yg versi jepun ke omputih..
    tak ingat dah tp mmg sedih kan..

    ReplyDelete
  2. Oh sudah kahwin ke Ji Sub? Haha lagi ketinggalan.
    Sebelum ini akak tengok drama Terrius di tv.

    ReplyDelete
  3. Sedih cerita ni masa dia mencari tu. Memang gigih Cheol Min buat macam macam kerja cari duit. Ada versi Turki jugak eh. Tak tahu pulak. Ending dia lupa lak. Cheol Min bagi mata dia kat Jung Hwa kan.

    ReplyDelete
  4. sedih jln ceritanya...oo..ada di netflix, boleh riki2 nanti..

    ReplyDelete
  5. uishhh mcm menarik.. kena layan gak ni..
    akk skrg duk gilerkan cite korea.. haha

    ReplyDelete
  6. Alahai. Lama sudah tak layan filem Korea. Sekarang tengah khatam RM. 😅

    ReplyDelete
  7. Masih banyak list yang belum terlayan lagi ni.

    ReplyDelete
  8. tak tengok lagi. boleh masuk list nanti.

    ReplyDelete
  9. Haha akak sorg pun tak kenal bintang2 korea ni

    ReplyDelete
  10. Macam menarik jalan ceritanya. Suka juga layan cerita camni, tapi belum ada kesempatan nak nonton.

    ReplyDelete
  11. Menarik. Macam best ceritanya.

    ReplyDelete
  12. Nanti boleh nonton..tq sharing AN :)

    ReplyDelete
  13. Wow kiranya banyak negara remake tp dlm versi negara2. Bagus la tu jd ikutan ramai

    ReplyDelete
  14. Okey, nak carilah nanti. Dah banyak version remake mesti berbaloi ditonton!

    ReplyDelete
  15. So Ji Sub yg berlakun citer masters sun ke. mama baru habis tengok cerita tu. waa skrg mama dah boleh masuk dah cerita korea

    ReplyDelete
  16. Rasa macam pernah tengok versi Hindustan tapi tak tengok habis sebab slow

    ReplyDelete
  17. Sedih!!! So Ji Sub berlakon tak pernah tak sedih. Haah

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)