Ujian Saringan Minda Sihat DASS (Depression Anxiety Stress Scale)

"Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), hampir setengah juta penduduk di Malaysia mengalami kemurungan pada tahun 2019. Statistik merangkumi 2.3 peratus rakyat di Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas mengalami kesihatan mental."


Petikan Harian Metro yang disiarkan pada 10 Oktober 2020 pada pukul 3.43 petang. 

Itu aku ambil berdasarkan statistik pada tahun 2019. Tak ada Covid lagi pada tahun 2019. Dan sekarang 2021, aku rasa memang makin bertambah peratusan rakyat Malaysia yang mengalami kesihatan mental. 

Memang tak boleh dinafikan lagi, penularan pandemik Covid-19 memang memberi impak yang besar kepada seluruh dunia termasuklah Malaysia. Kebanyakan emosi rakyat terkesan dan terganggu sebab takut, bimbang, tekanan perasaan akibat perubahan dalam norma kehidupan.

Dan ini termasuklah golongan yang bekerja menghadapi risiko dibuang kerja, hilang tempat untuk mencari rezeki dan sebagainya. Yang frontliners pun tidak ketinggalan daripada mengalami tekanan emosi sebab dah terlampau burn-out, diberi tugas yang berganda ganda dan lain-lain lagi.

Sedih, tapi itulah kenyataan. Tak kira usia dan jantina, ramai dah mula mengalami masalah kesihatan mental. Kena faham, kalau cakap ada masalah kesihatan mental jangan anggap GILA semata-mata. Depression, anxiety, stress itupun termasuk dalam kategori masalah kesihatan mental. Jangan terus hakimi seseorang kalau dia cakap dia ada masalah kesihatan mental. Kita tak ada ditempat dia, jadi kita tak tahu apa yang dia lalui. 

Menyelit sekejap, siapa ada tengok video frontliner yang jatuh masa tengah berlari sambil tolak stretcher? Sedih tak? Kalau tanya aku, aku sedih tengok video itu :') Walaupun tengok 10 kali, 10 kali tetap rasa sedih. 

Tak pasti jatuh sebab tersadung ke tergeliat kakinya atau memang badan dah penat sangat sampai terjatuh. Yang pesakit tengah baring atas stretcher tak payah cakaplah, memang dah kasihan ditambah pula frontliner yang tengah tolak dia tiba-tiba terjatuh, memang dengan dia dia sekalilah jatuh.


Okey kembali kepada tajuk, hari ini nak ajak yang baca entri ini untuk buat Ujian Saringan Minda Sihat DASS (Depression Anxiety Stress Scale). Tak lama pun, dalam tiga hingga lima minit sahaja. Kalau aku buat tak sampai tiga minit hehehe. 

Melalui ujian ini, kita boleh ketahui status kesihatan mental samaada kita stress, bimbang atau kemurungan. Tapi perlu ingat dan tahu, ujian DASS hanya berfungsi sebagai saringan awal sahaja. Sebarang pengesahan diagnosis oleh pegawai perubatan adalah diperlukan. 

Nak buat ujian saringan minda sihat, boleh click disini: https://hsgbuloh.moh.gov.my/ms/dass/dass-awam-public.html

Soalan dia tak susah dan tak banyak pun. Dalam 21 soalan sahaja. Dan jangan risau, memang tak ada soalan yang kena buat karangan. Cuma perlu pilih dan tick pada kotak yang disediakan. Hanya perlu pilih

  • Tidak pernah
  • Jarang
  • Kerap
  • Sangat kerap

Itu sahaja. Mudah kan? 


Dan ini hasil ujian saringan minda sihat yang aku jawab tadi. Alhamdulillah, tahap kemurungan aku dalam kategori sederhana, tahap kebimbangan dan tahap tekanan aku pun berada dalam kategori normal.

Tapi, keadaan emosi boleh berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada apa yang sedang kita lalui.

Buat masa sekarang, aku tak ada apa-apa masalah yang perlu dibimbangkan sangat. Aku tak ada komitmen hidup yang tinggi macam orang lain lagi. Tak ada hutang kereta, hutang rumah dan sebagainya. Cumanya aku bimbang nanti dapat email dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) suruh bayar hutang 😂 

Tapi tak apa, duit elaun yang abang aku bagi RM 200 setiap bulan, boleh aku bayar hutang belajar aku. Bayar sikit sikit tak apa kan? Janji bayar. Betul tak? Sekurang-kurangnya bergerak lah juga amount hutang yang aku pinjam kan? Walaupun jenuh juga lah nak habis bayar, tapi tak apalah. Nak buat macam mana? Kita bukannya tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan kan? Macam sekarang, tak sangka pun yang satu dunia akan dilanda Covid-19 kan? Dan nanti nanti bila dah dapat kerja, bolehlah aku tambah amount yang aku bayar setiap bulan. 

Jadi, selamat menjawab! 

Nanti sharelah result ujian masing masing macam mana :D

27 comments

  1. Alhamdulillah tak ada apa2
    Tak apa bayar sikit sikit
    Janji bayar

    ReplyDelete
  2. Nak buat jugak lah ujian ni.Tengah stress ni lepas tukar domain.Banyak nau pulak error keluar.Ha3.

    Akak pun ada tengok frontliner yang jatuh tu.Kesian giler. Sedih betul. Dah lah kena pakai PPE masa tengah panas.Mesti diorang dah burnout kan.Dah la makin ramai yang kena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak syu betul betul kena penangan tukar domain ni hahahaha, tapi takpe, kiranya jadi pengalaman kan walaupun demam dan sakit kepala hahaha.

      Betul, saya pun sedih gila nengoknya, full PPE tu memang lencunlah berpeluhnya. Kerja lebih masa lagi, memang jatuh lah jawabnya.

      Delete
  3. OK jap nak try juga la heheh

    ReplyDelete

  4. Tahap Kemurungan / stage of depression: Sangat Teruk / Very Severe

    Tahap Kebimbangan / level of anxiety: Teruk / Severe

    Tahap Tekanan / stress level: Sederhana / Moderate

    Erkkk....

    Namun keadaan emosi anda boleh berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada apa yang sedang anda lalui. Anda boleh mengisi semula Borang Saringan Kesihatan Minda pada bila-bila masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruk jugak tu kak ret tahap kemurungan dan tahap kebimbangan kak ret tuuuu, tapi semua ni pun bergantung kepada emosi kita jugak kan, kalau dah teruk sangat sampai tak boleh fikir apa, rujuk pakar okey kak ret :)

      Delete
    2. Insyallah. Mmg tahap stress sebab keje lately ni.. Tmbh stress x bole nak beecuti hahaha

      Delete
  5. Bagus juga boleh menilai kita di tahap yang mana. Terima kasih share :)

    ReplyDelete
  6. Pernah ambil ujian macam ni masa nak derma darah dulu waktu zaman kontroversi Haqiem Rusli. Ingatkan nak check kita ni gila ke tak. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukannnn, tak semestinya gila aje, boleh jadi depression, anxiety dan seangkatan dengannya. Kalau tahu awal, boleh cegah lagi hehehe

      Delete
  7. Okay nanti boleh cuba, tq sharing AN..
    wahh blog AN berwajah baru ceriaaa hehee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga membantu kak shida!
      Haah saja tukar warna baru sikit dekat blog hehehe :D

      Delete
  8. Zaman sekarang ramai yang tertekan. Semoga covid-19 ni segera nyah dari muka bumi ini.

    ReplyDelete
  9. nak try jg ujian ni..harap2 takde depression..huhu..

    bayar sikit2..lama2 habis..

    ReplyDelete
  10. dah lama abaikan ujian macam ni sebab tak nak triggered rasa tu...

    alhamdulillah dah keluar dan jumpa sinar...
    bab PTPTN jugak alhamdulillah takde apa yang kena bayar.. syukur lebih dari syukur sangat...

    ReplyDelete
  11. Ramai takut dan bila sebut psikiatri pun semua ingat orang gila. Anxiety biasa pun boleh kena refer psychiatry. Apapun jagalah kesihatan masing2 dan jangan pendam sorang sorang. Cari orang yang kita percaya untuk luahkan apa yang terbuku di hati. Sesiapa yang DASS quite severe tu boleh dapatkan nasihat pakar . K.Naniey ada tengok a few person yang severe depression tapi tak nak dapatkan rawatan dan hari2 status macam helpless. But apa boleh buat. :{

    ReplyDelete
  12. Okay kejap nak try test kemurungan sendiri. Haha

    ReplyDelete
  13. Ada rasa tertekan. Kejap ok kejap tidak.
    Akak pernah buat ujian DASS masa pergi ke klinik kesihatan tahun 2018.

    ReplyDelete
  14. Skrg ni perasan banyak company dh buat ujian ni semasa isi borang temuduga

    ReplyDelete
  15. Tak dinafikan sejak pandemik ni ramai yang semakin stress, anxiety dan bersikap negatif yang lain. Risau juga ni. nanti nak try jugaklah. Ada tengok video tu Atiqah. Rasanya terlalu penat tu. Kesian frontliner kita, kena kuat mental dan fizikal.

    ReplyDelete
  16. Okey, nanti nak buat. Hari tu buat masa appointment kat hospital, agak 'cemerlang' juga hahaha

    ReplyDelete
  17. skrg kena jaga kesihatan mental kita. dah terlalu lama bergelumah dgn covid ni huhu ekonomi pun makin teruk

    ReplyDelete
  18. Semoga kita dijauhkan dari penyakit ni. Last time akak gi appointment pschyiatrist, memang perasan bilangan orang yang datang lagi ramai dari kebiasaan sejak kewujudan Covid

    ReplyDelete

  19. Tq Atiqah.
    Kak Amie dah buat DASS. Ini resultnya:
    Tahap Kemurungan / stage of depression: Normal

    Tahap Kebimbangan / level of anxiety: Normal

    Tahap Tekanan / stress level: Normal

    ReplyDelete
  20. Oh hari tu tengok dalam fb ramai juga buat . Kejap lagi CCL nak cuba la ..

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)