Top 5 Most Read Entries Based on Google Search Console

Top 5 Most Read Entries di atiqahnajihah.com. Hari ini tiba tiba rasa nak berkongsi most read entries blog aku. Yang sebetulnya, tak ada idea nak update apa, maka terhasillah entri ini hehehe.

Ala tak salah kan kalau nak share lima entri terbaik yang pernah aku publish di blog aku ini setakat hari ini. Tak adalah nak cakap hebat, hanya sekadar berkongsi 😂 Blog masih di proses beginner, followers pun baru 123 orang. 

Tak dan nak kejar macam followers blog blog orang lain. Masih ada yang jauh lagi hebat! Dan aku sendiri, masih banyak benda yang perlu dipelajari begituu kau Senang kata, masih jauh lagi perjalanan blog aku untuk dilalui HAHAHA.

Okey kembali kepada tajuk, Top 5 Most Read Entries ini aku ambil based on Google Search Console. Aku setiap hari buka untuk tengok perkembangan blog walaupun ada beberapa perkara aku tak faham. Bedal sajalah. Faham yang mana mudah difahami sajalah HAHAHA.

1.    Nombor satu jatuh kepada entri bertajuk Jaringan Prihatin Tunetalk. Baca disini: https://www.atiqahnajihah.com/2021/05/jaringan-prihatin-tunetalk.html

Tak dinafikan, entri pasal Jaringan Prihatin inilah yang buat earnings AdSense aku mencanak naik untuk beberapa hari! Serious tak tipu. Kalau bukan sebab entri ini, aku rasa, aku masih tak cukup nak kumpul 10 US dollar.

Aku langsung tak expect yang entri ini akan meletop kebabom gitulah lebih kurang 😂 Aku update macam biasa dan kemudian aku share di Twitter. Aku share dalam pukul 7 lebih rasanya. Dekat dekat nak Maghrib kalau tak silap aku.

Dan pap! Blog aku terus dikunjungi oleh orang ramai. Macam kunjung rumah dah bunyi ayat ini hahaha.

Mana aku tahu? Aku kan ada letak yang freeuseronline, jadinya dari situlah aku tahu. Legit saja kan freeuseronline itu kan? Malam aku publish entri tersebut, aku bukalah blog aku melalui telefon. Aku nampak 70 something online user.

Me be like "what?!" Memang tak percaya. Keesokan harinya aku buka akaun AdSense, memang naik earnings aku. Mula mula aku ada dalam 0.32 US dollar, tapi lepas saja entri tersebut di publish, earnings aku naik dalam 7 US dollar.

Dan sampai sekarang, entri tersebut masih menjadi the most read entries di blog aku. 

2.    Entri kedua jatuh kepada entri yang bertajuk Pengalaman Bekerja di McDonalds. Boleh baca disini: https://www.atiqahnajihah.com/2021/05/pengalaman-bekerja-di-mcdonalds.html

Mungkin ramai yang beminat nak tahu macam mana bekerja di fast food restaurant kan? Mungkin sebab itulah entri tersebut menjadi entri kedua the most read bagi blog aku.

Moga moga apa yang aku kongsi serba sedikit dapat membantu memberi pencerahan kepada orang yang memerlukan maklumat tentang pekerjaan di McDonalds hehehe.

3.    Seterusnya, yang ketiga jatuh kepada entri bertajuk Lee Kwang Soo Last Episode on Running Man Episode 559. Baca disini: https://www.atiqahnajihah.com/2021/06/lee-kwang-soo-last-episode-on-running.html

Rentetan berita pengunduran Lee Kwang Soo dalam variety show Running Man, ramai yang mencari cari tentang berita tersebut.

4.    Entri keempat yang menjadi the most read entries based on Google Search Console ialah entri yang bertajuk Ujian Bahasa Terengganu. Boleh baca disini: https://www.atiqahnajihah.com/2021/03/ujian-bahasa-terengganu.html?m=1

Mungkin ramai yang berminat nak belajar bahasa Terengganu? 😂

5.    Dan entri di tempat kelima pula jatuh kepada entri yang bertajuk Claim Free 40GB YES Sim on Shopee. Baca disini: https://www.atiqahnajihah.com/2021/06/claim-free-40gb-yes-sim-on-shopee.html

Mungkin sebab ebelia kan? Sebab YES Sim ini aku redeem sebab aku dapat ebelia. Dan aku rasa mungkin ramai yang ingin claim juga, tapi tak tahu macam mana caranya. Mungkin. Hehehe.

Dan itu sahaja. Cadangnya nak buat 10 entri terbaik tapi panjang sangat. Jenuh orang nak baca HAHAHA. Itupun kalau baca 😜

31 comments

  1. Tahniah, Atiqah. Semoga terus bersemangat untuk menulis 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah akan terus bersemangat untuk menulis hehehe :D

      Delete
  2. Tahniah semoga terus rajin memblog.

    Ingatkan salah blog tadi hiks! tapi betullah ini blog gadis kidal tu tapi dia dah tukar rumah baharu kekdahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha, masih blog gadis kidal ni Mrs. A, tukar warna rumah aje hehehe :D

      Delete
  3. keep it up tiqah!
    klu kat blog k ret entry pasal perbezaan kawan & sahabat... bertahun buat entry tu masih di tahap no 1 carian hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah kak ret! Kak ret pun keep it up too!
      Bertahun tahun usia entri tu tapi masih di tahap no 1 carian tu memang entri yang hebat lah tu! Kalau tak, takkan jadi no 1 di carian google kan :D

      Delete
  4. Akak baca ni ha, Atiqah. Hebat entri no 1 tu. Memang info yang dicari-cari orang sangat membantu naikkan adsense earning kita. Semoga Atiqah dapat keluarkan lebih entri yang menepati carian ramai pembaca. Tahniah, Atiqah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak nur, memang sangat membantu naikkan earning adsense kita. Saya pun tak expect entri jaringan prihatin tunetalk tu membantuuuuuuu dalam adsense saya! In shaa Allah kak nur, saya akan usahakan untuk keluarkan lebih entri yang menepati carian para pembaca walaupun kadang kadang mati akal jugak nak tulis pasal apa hahaha :D

      Delete
  5. Hehe alhamdulillah ada pos beri manfaat padang orang ramai.
    Teruskan.

    ReplyDelete
  6. Wuu tahniah Atiqah 🥰

    Blog da tukar wajah ke? Ke tukar color jaa? Sebab akk guna phone jaaa ni. Header pon cantikkk 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maceh kak nadyya! Hehehe.

      Ehh perasan ke hahaha, kita tukar color je kak nadyya, nak tukar template takut ganggu code adsense pulakk >.<

      Delete
  7. Tahniah! GSC ni memang sangat berguna untuk improve traffic blog. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, baca jugak tips orang lain, perbanyakkan tulis entri based on keywords yang selalu orang cari di blog kita based on GSC tuuu hehehe

      Delete
  8. wahhh! keep writing atiqah!

    and i love your new blog colour! so lively. i can smell the lavenders here

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah AO!
      Yessssss, bau lavender wangi kan?! :D

      Delete
  9. Nanti-nanti nak buat entri macam ni jugak lah.. hihi.

    ReplyDelete
  10. Wah... Meletup. Daripada 5 tu, 3 akak dah baca. Ujian bahasa terengganu tu best. Hihi

    ReplyDelete
  11. Wow hebat tu Atiqah. Banyak naik earnings tu. Tahniah. Keep it up. Ramai yang mencari infonya tu.

    ReplyDelete
  12. Tahniah! Usaha membawa rezeki. Teruskan menulis.

    ReplyDelete
  13. hahahhaa buat je 10 kalau nak buat. Ada je yang baca nanti. Pengalaman kerja dekat mcd tu mungkin ramai yang baca sebab nak apply jugak. jarang orang share pengalaman kerja bahagian retail

    ReplyDelete
  14. Tahniah, saya pun terkejut tengok betapa aktifnya atiqah dalam menulis blog. Teruskan

    ReplyDelete
  15. Blog ni bkn ikut based on followers tp based on berapa ramai org masuk blog utk baca apa kita tulis. Pandai seo no hal walaupun followers sikit

    ReplyDelete
  16. Tahniah Atiqah .. Setuju kata Nina. Bukan sebab follower tapi bila pandai SEO memang orang datang masuk walaupun follower sikit je. :)

    ReplyDelete
  17. Teruskan menulis awak & berikan entry yang bermanfaat dan fun fun buat readers awak :)

    ReplyDelete
  18. Tahniahhhhh . seronok tengok blog dikunjungi ramai . kan... Eh x pernah dapat setinngi tu view online

    ReplyDelete
  19. akak pun skang rajin jengah GSC.
    baru belajar, Tiqah. baiki sana sini.
    sementara BDR ni kan.
    nanti akak terjah your best entri tu ye.

    ReplyDelete
  20. tahniahh awak. blog kita pun masih beginner lagi huhu. nak jadi macam awak jugak

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)