Pengalaman Bekerja di McDonalds Bahagian 1

Pengalaman Bekerja di McDonalds Bahagian 1

Pengalaman Bekerja di McDonalds | Hari ini teringin nak berkongsi pengalaman pertama bekerja di McDonalds (McD). Aku kerja tak lama pun dalam 4 bulan lebih sebab tengah cuti semester. Jadi, daripada goyang kaki di rumah, baik aku cari kerja. Dapatlah duit poket sikit hehehe.

Seminggu selepas isi borang kerja kosong di McDonalds, aku dapat panggilan temuduga. Keesokan harinya aku pun pergi temuduga. Ketar lutut, sakit perut tak payah cakap. Simptom orang tengah nervous HAHAHA. 

Alhamdulillah temuduga berjalan dengan lancar. Manager tak adalah tanya soalan membunuh pun, habis habis dia tanya "sanggup tak kerja lebih masa", "boleh kerja berat tak". Itu sahaja. Selebihnya, dia cuma terangkan pasal bekerja di McD. Sebelum itu, di McD ada beberapa bahagian kerja. Tapi aku tak pasti nama spesifik setiap bahagian tersebut. Nama bahagian tersebut ikut sedap tekak aku saja hehehe.

Bahagian pertama ialah kerja di lobby. Lobby? Tak tahu apa itu lobby? Lobby itu kalau kalian nak tahu, ia adalah tempat para pelanggan (customers) makan dan minum. Skop kerja di lobby adalah membersihkan tray, lap meja, sapu sampah, mop lantai, buang sampah, jaga kebersihan playground (kalau ada), lap tingkap, topup sos, straw dan juga hantar order drive-thru (DT).

Bahagian kedua ialah cashier. Cashier macam biasa lah, ambil order, siapkan order customers. Tapi biasanya akan ada seorang lagi pekerja untuk tolong siapkan order sementara lagi seorang pekerja jaga cashier. Faham tak? Hehehe. Kalau customers tak ramai, yang duduk di bahagian cashier ini akan topup mana mana barang yang dah makin berkurangan.

Contohnya, gelas air, cone aiskrim, penuhkan aiskrim dalam mesin aiskrim, topup oreo, bekas mcflurry oreo dan sebagainya. Jadi, memang kena pastikan semua barang barang sentiasa full. Masa customers tak ramai lah boleh stock up barang barangnya sebab bila customers dah mula ramai, memang tak sempat langsung nak stock up. Masa tu memang kelam kabutlah! 

Bahagian ketiga ialah kitchen. Di kitchen biasanya manager akan letakkan kaum lelaki. Macam biasa, di kitchen kena sediakan burger, goreng patty burger, nugget, apple pie dan segala jenis pie yang ada masa itu. Sama macam bahagian cashier, kalau customers tak ramai, masa tu memang kena stock up barang yang dah berkurangan.

Contohnya, sos yang digunapakai dalam burger, sayur sayuran, bun roti, bubur, ayam goreng dan sebagainya. Kena laju kalau duduk di bahagian kitchen sebab kalau lambat, nanti get ready lah kena maki dengan orang yang jaga cashier sebab produk lambat siap, customers menunggu lama. Jadi nanti yang jaga cashier pula kena maki dengan customers sebab menunggu lama. 

Bahagian drive-thru (DT). Bahagian DT biasa sediakan tiga orang pekerja (based on tempat kerja lama aku dulu). Seorang tukang ambil order, seorang tukang siapkan order dan lagi seorang tukang bagi order kepada customers. Duduk DT pun kena laju juga sebab kejar masa. Masa ini penting sebab setiap McD akan berlawan dengan McD McD yang lain. 

Akan ada satu monitor yang paparkan masa setiap McD di bahagian DT. Ingatkan tempat kalian biasa ambil makanan masa di DT? Ya disitu biasanya tak boleh biarkan customers lama lama. Kalau order siap lambat, selagi itulah kereta customers akan menunggu kan? Jadi masa yang diperuntukkan itu akan bertukar menjadi warna merah. Kalau tak melebihi masa, dia akan jadi warna hijau. 

Kalau tak silap aku, dia boleh detect kereta customers ada ke tidak di petak ambil order tu. Dan aku rasa benda ini tak penting pun, cumanya untuk tunjuk kecepatan atau kelajuan sesebuah McD di DT sahaja. Cakap pasal DT ini memang pening sikit sebab aku tak reti nak explain pasal masa tu hahaha. Kalian buat-buat faham sajalah.

Pokok pangkalnya, semua bahagian kena laju. Dah namanya fast food restaurant kan? Service pun kena lajulah juga. Tidak begitu kawan kawan hehehe. Tapi bila namanya manusia, memang akan ada slow lah juga. Manusia kan, bukan robot hehehe. 

Tapi tapi tapi, customers pun kena faham, ayam goreng kena goreng dalam 30 minit dan baru boleh jual kepada customers, tapi customers janganlah expect ayam boleh siap digoreng dalam masa 15 minit :( Nak cepat cepat, tak nak tunggu lama lama tapi faham tak, ayam itu kena goreng dalam 30 minit, jadinya sila lah tunggu selama 30 minit. Bila nanti dapat ayam tak masak, nak saman McD pula. Ini aku cakap untuk customers yang tak reti sabar. Bukan kalian yang tengah membaca hehehe.

Aku pernah dapat di bahagian mana? Bersambung di bahagian 2!

23 comments

  1. Teruja baca kisah Atiqah.. sebab Sk suka gi Mcd jadi terbayang suasana tu

    ReplyDelete
  2. aalaaa gantung pula entry ni heheee

    ReplyDelete
  3. Wah.. Menarik. Tak pernah keje F&B sebab orang kata penat tak hengat.

    ReplyDelete
  4. Dulu akak teringin bekerja di fast food, tapi end up kerja kat pharmacy, masa tunggu result spm. Hehe..

    ReplyDelete
  5. wahh international company nih., hebatt., ;p

    teringat movie The Founder tuari mmg cerita asal usul restoran mekdi nih.,

    ReplyDelete
  6. Tiba-tiba rasa macam akak berada kat dalam McD tapi dari persepsi seorang pekerja. Akak rasa akak paling tak boleh kat DT lah, cepat nervous hahahh

    ReplyDelete
  7. Itulah McD banyak menu mesti tidak cukup tangan bahagian dapur buat.

    ReplyDelete
  8. Baca tulisan ini pun dah dapat bayangkan betapa sibuknya pekerja McD disetiap bahagian. Seronok juga dapat pengalaman bekerja begini.

    ReplyDelete
  9. seronok timba pengalaman bekerja..rasanya bhg DT ni mcm pressure sikit kan..nak kejar masa..

    sekrg ni nak pesan Mekdi kt outlet guna DIY touch-screen, terkial-kial jg mula2 dulu..hihi..

    ReplyDelete
  10. Wowww seronok. Laki akk kata,mcd paling laju buat keje.haahhah

    ReplyDelete
  11. Kerja fast food ni kena cepat. paling sibuk kat kitchen lah super sibuk siapkan makanan. Dahlah McD super sibuk. Itu yang awal awal dia tanya sanggup ke tidak kerja lebih masa. Salute lah dengan pekerja fast food ni. kena kuat mental fizikal. McD dahlah sentiasa ramai orang, kan. Bagus juga ada pengalaman kerja F&B ni.

    ReplyDelete
  12. baca your pengalaman ni, sambil otak i imagine ayam goreng mcD ! sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  13. Kerja di fast food memang kena alert dan cepat..kena rajin pun satu hal..tapi akan penat kan...seronok ada pengalaman macam tu kan..Dania pun dah hint2 nak kerja sementara sebelum masuk mana- mana kolej

    ReplyDelete
  14. Owh.. macam tu rupanya.. Memang kena serba serbi cepatlahkan.. Menarik juga pengalaman kerja ini.. Walaupun tak lama tapi banyak ilmu tahu..

    ReplyDelete
  15. Pengalaman tu penting. 💪

    ReplyDelete
  16. akak kagum dgn yg dok amik order kat drive thru tu.
    sambil amik payment org. sambil amik order.
    tanpa henti kalau ramai org.
    terbaik :)

    ReplyDelete
  17. Bleh ke kalau org yg umur 17 dpt kerja kt mcd

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap saya, mesti 18 tahun dan ke atas kalau nak bekerja.

      Delete
  18. Untuk interview nanti perlukan resume ke? seronok baca tak sabar cuba pengalaman baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya haritu, saya standby je resume hehehe.

      Delete
  19. Nak tanya, tahun Lepas ada juga buat part-time. Tapi kerja Dalam 5 hari ja and pastu blah. Sebab main job aku kerja welder masa Tu. And for now. Kalau masuk balik untuk fulltime Tu Lepas ke? Ke nama dah blacklist ?

    ReplyDelete
  20. Nk tanya AGBBR DALAM JADUAL TU APA EH

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)