Blog Bertukar Nama

Yes, akhirnya. Hehehe. Finally, secara rasminya Atiqah Najihah's blog sudah bertukar daripada bilagadiskidal.blogspot.com menjadi atiqahnajihah.com


Penangan tak boleh tidur semalam, tiba tiba terbeli domain pukul 2 pagi HAHAHA. Nasihat aku, jangan beli pukul 2 atau 3 atau 4 pagi, tak lena nak tidur 😂 


Aku dah off internet pukul 2 lebih tapi pukul 4 lebih masih belum tidur sebab asyik terfikirkan betul ke aku beli domain ini, betul tak aku transfer duit ke account number NetKL itu dan macam macam lagi :')


Sebenarnya memang dah lama nak ada domain sendiri, barulah syok nak berblogging kan hehehe.


Tapi atas beberapa faktor, tak beli beli juga domain. Sampailah malam tadi bila tak boleh tidur, tergoogle cara cara beli domain untuk blogspot.


Aku rujuk cara pembelian di blog ini: https://www.sabreehussin.com/cara-beli-domain-profesional-untuk-blog-percuma-blogspot/


Buat masa sekarang, baru beli domain. Hosting masih belum dibeli. Masih tengah memikirkan hehehe. Gigih email kak Fiza tanya pasal hosting. Mujur kak Fiza cakap tak wajib beli hosting. Domain saja sudah memadai. Alhamdulillah hehehe.


Hosting agak mahal kalau dibandingkan dengan harga domain. So, no need to buy hosting. Cukup dengan domain sahaja.


Murah sahaja domain aku beli ini iaitu RM 45.00 untuk satu tahun. Tapi semalam total aku bayar RM 55.00 sebab RM 10.00 cas untuk pemasangan domain. 


Oh ya, sebelum itu, aku beli domain di NetKL Network. Servis tiptop! Menjawab semua soalan dengan baik. Okay, RM 10.00 itu dikira cas servis NetKL sebab tolong pasangkan domain di blog kita. Kalau kita buat sendiri, takut tak menjadi pula kan? Alang alang, bayar saja RM 10.00. Sekali bayar sahaja. 


Mula mula tak nak juga sebab nanti NetKL boleh akses blog kita, tapi memandangkan aku ini tak adalah reti mana nak setting domain, makanya kita add on saja cas pemasangan domain. Nanti siap, boleh tukar password kalau takut diceroboh.


Pembayaran tahun hadapan hanya RM 45.00 sahaja. Bagi aku berbaloi! Murah! RM 45.00 untuk satu tahun teman teman. Bukan sebulan sekali. Jadi, RM 45.00 bahagi 12 bulan bersamaan RM 3.75 sahaja untuk satu bulan. Tak sampai RM 5.00 pun!


Selesai beli domain, buka blog tiba tiba tak ada iklan AdSense. Jangan risau, boleh update new site di akaun google AdSense kita. Iklan hilang sebab AdSense dah tak jumpa link blog lama kita. So just update dan tunggu google review. 


Nota jemari: Harap harap Google AdSense tak bermasalah ya lepas beli domain baru nanti jenuh pula nak kena setting Google AdSense 😂

27 comments

  1. wahhh cayalah dah ade domain sendiri..murah juga..AD beli domain rm50..

    ReplyDelete
  2. Tahniah! Moga blog ni makin maju

    ReplyDelete
  3. Senang kan nak tukar domain ni sebenarnya tapi itulah dia punya pikir kemain lama..haha
    Btw tahniah, semoga terus sukses dlm blogging 😊

    ReplyDelete
  4. Tahniah ...berbaloi rm5 sebulan kan dgn servicesnya..moga makin rajin update blog

    ReplyDelete
  5. Wah bagus2... Lps ni berdesup la entry2 dia haha

    ReplyDelete
  6. Yeay! Tahniah AN :) welcome to the club!
    bagus guna servis NetKL Network.

    ReplyDelete
  7. Samalah saya.. Baru juga pakai domain dari NetKL.

    ReplyDelete
  8. Tahniah sbb sudah pakai domain sendiri. Baru nampak keseriusan dlm menulis blog. Pas ni mudah la sikit nk dpt job review.
    Abe kie pun beli dgn netkl dulu.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Tahniah Atiqah..

    ReplyDelete
  10. seronoknya dah guna domain sendiri!

    ReplyDelete
  11. Tahniah atiqah!!! Teruskan blogging 💪🏻💪🏻💪🏻

    ReplyDelete
  12. congrats for the own domain. baru semangat nak blogging kan?

    ReplyDelete
  13. Tahniah! keep on blogging..chaiyok!!

    ReplyDelete
  14. wah tahniah pemilihan nama yang baik untuk branding

    ReplyDelete
  15. Tahniah. Baru perasaan link blog dah hertukar.

    ReplyDelete
  16. Tahniah, Atiqah! Semoga terus sukses dalam dunia blogging. :)

    ReplyDelete
  17. Tahniah.. patut rasa lain tengok link td. hehe.

    ReplyDelete
  18. Wahh . CCL pun dah lama dlaam bidang blogging . Eh lepas2 baca entri ni terasa nk cuba jugak tukar domain blogi . Macam best . Next entri buat laa tutorial beli domain kt netkl ye

    ReplyDelete
  19. Bahaya ini tidak boleh tidur terus beli. Rasanya takdelah salah keputusan itu kalau hendak aktif berblog.
    Semoga lebih bersemangat selepas ini.

    ReplyDelete
  20. Uishh...gigih betul tu beli pukul 2 pagi. confirm tak lena tidur tu dok fikir. Alhamdulillah settle dah beli domain. pasni lagi semangat lah nak menulis blog :)

    ReplyDelete
  21. samela kita..baru je selesai beli domain...walaupun agak serabut pada mulanya nak setting..akhirnya berjaya

    ReplyDelete
  22. Alhamdulullah, tahniah Atiqah kerana dah berjaya beli domain.. 😊😊semoga awak terua cemerlang dalam dunia blogging...

    ReplyDelete
  23. tahniahnye dgn domain baharu., ;p

    ReplyDelete
  24. Whoaaaa... tahniahhhh! Best ada domain sendiri, siap link blog nama sendiri, kan.... Teruskan berbloggingg..Yihaaaaaa...

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)