CHAMPS Vitamin C

Memandangkan aku seorang saja yang belum divaksin dalam rumah sewa ini, berkemungkinan besar untuk aku dapat Covid19 sangatlah tinggi memandangkan kakak dan housemates lain bekerja di hospital. Walaupun aku terperap di dalam rumah sahaja, potensi untuk dijangkiti itu masih ada. Nauzubillahminzalik. 

Jadi kakak aku sarankan aku makan Vitamin C. Walaupun tak ada kajian menunjukkan Vitamin C dapat membantu mencegah daripada dijangkiti wabak Covid19, tapi kita makanlah juga sebab Vitamin C memang banyak manfaat.


Jangan ambil Vitamin C yang 1000 mg ataupun 2000 mg, cukup sekadar 100 mg. Itupun dah terlebih sedikit sebab badan kita hanya memerlukan dalam 70 mg sahaja untuk orang dewasa.



CHAMPS Vitamin C yang aku beli dengan harga RM 15.48 sahaja lepas diskaun. Perisa strawberi sebab perisa oren habis stok :( 100 mg sahaja. 

Satu tablet sahaja untuk satu hari.

Kenapa tak makan buah buahan atau sayur sayuran sahaja? Kan buah buahan dan sayur sayuran itu adalah sumber terbaik untuk Vitamin C?

Aku ambil alternatif lain iaitu makan Vitamin C sebab aku kurang makan sayur. Buah buahan? Lagilah jauh sekali. Sayur makan tapi jarang jarang. 

Benefits of CHAMPS Vitamin C:
  • Helps immunr system thus helps reduce the frequency of cold
  • Improve wound healing
  • Prevent scurvy
  • Helps to prevent anemia via improve of iron absorbtion
  • Excellence in increase immunity
  • Reduce risk to falling sick
  • Maintain healthy teeth and gums
  • Maintain healthy skin complexion
  • Potent antioxidant which protects our body cells from the damage caused by unstable molecules known as free radicals
  • Helps to maintain or improves the condition of the body as well as boosting our health and fitness
  • High in vitamin
  • Safe to consume

Vitamin C atau nama saintifiknya ialah asid askorbik iaitu sejenis vitamin larut air. Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan. Sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing. Manusia perlu mendapatkan vitamin ini daripada makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral.

Dos harian Vitamin C (Malaysia)
  • Bayi: 0 - 5 bulan (25 mg), 6 - 11 bulan (30 mg)
  • Kanak kanak: 1 - 6 tahun (30 mg), 7 - 9 tahun (35 mg)
  • Remaja: 10 - 18 tahun (65 mg)
  • Dewasa: 70 mg
  • Wanita mengandung: 80 mg
  • Wanita menyusu: 85 mg

Kesan sampingan:

Vitamin C adalah selamat diambil dalam dos yang disyorkan. Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah loya, cirit birit dan kekejangan perut.

Namun, pengambilan dos Vitamin C yang tinggi iaitu lebih daripada 2000 mg untuk jangka masa panjang adalah tidak disarankan

Hal ini demikian kerana boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti cirit birit yang teruk dan pembentukan batu dalam buah pinggang yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Nasihat kepada pengguna:
  1. Makanan seperti buah buahan dan sayur sayuran adalah sumber Vitamin C yang terbaik.
  2. Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil suplemen kesihatan Vitamin C terutamanya pengambilan dos yang tinggi.
  3. JANGAN mengambil Vitamin C tambahan jika anda mempunyai
    • Masalah batu karang yang berulang
    • Penyakit buah pinggang atau menjalani hemodialisis kronik
    • Penyakit darah seperti kekurangan G6PDH dan hemochromatosis

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Nota jemari: Aku dah rujuk ahli farmasi aku iaitu kakak aku as pegawai farmasi :)

15 comments

  1. Bagus makan vitamin C. Saya pun ada, tapi beli di klinik punya.

    ReplyDelete
  2. Wah terima kasih perkongsiannya ☺️

    ReplyDelete
  3. Niatkan sebagai usaha selebihnya serah pada DIA.

    ReplyDelete
  4. Kena ada vitamin C untuk supplement kesihatan.

    ReplyDelete
  5. Wah, untung ada kakak pegawai farmasi, boleh nasihat tentang ubat atau supplements.
    Akak masih prefer makan buah oren. :)

    ReplyDelete
  6. akk selalu beli yg tablet larut dlm air, semuanya brand 1000mg..rugi kan, yg selebihnya dibuang..

    Vit C ni utk kuatkan imunisasi badan..selalunya combined dgn zinc utk penyerapan maksima..

    ReplyDelete
  7. Alaaa kak shida suka juga mkn vit c tapi aduhai asyik lupa je nk beli..walau kak mkn sayur dan buah tp suka juga mkn vit c..Kak shida hari2 mkn sayur..sebab suami penjual sayuran :)

    ReplyDelete
  8. Untungnya ada kakak sebagai pegawai farmasi peribadi!! Senang nak rujuk apa2 mengenai ubat-ubatan.

    Kalau pasal sayur, Cik TK ada makan. Tapi buah ni jarang sikit. Sebab lebih suka buah yang diblender. Tapi nak blender tu malas la pulak.

    ReplyDelete
  9. CCL makan flavettes untuk vitamin C ni . Mudah larut dalam air je .

    ReplyDelete
  10. Owh..vit pun ada dose dia ye..mokcik ingatkan sama ja semua..hihihi..nampak naw jahiliyyah bab kesihatan..TQ info

    ReplyDelete
  11. kite pon makan juga..hahah jimat sebab murah..hahah

    ReplyDelete
  12. Bagus makan vitamin c tapi kenapa ambil yang kunyah? Awak takut telan ubat ke? Ce cite ce cite. Kak sal kau busy body nau. Hehe

    ReplyDelete
  13. Akak pun bagi vit c dekat anak2 dan diri sendiri.. sekadar berusaha..

    ReplyDelete
  14. Bagus ambil vit C. Ada doktor tu ajar potong kapsul tu 4 bahagian untuk kurangkan dos pengambilan tu ikut keperluan.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)