Extravert

Dua hari lepas share pasal introvert, dan sekarang nak share pasal extravert. Lawan bagi introvert.

Baca disini: Introvert

Introvert selalu dianggap tidak pandai bersosial dan seorang yang pendiam. Jadi extravert pula lawan kepada introvert. Extravert selalu dianggap seorang yang bising, talkative, outgoing dan sebagainya lagi. 

Tapi itu sahaja ke extravert? Tak akan tak ada kekuatan? Tak akan tak ada kelemahan?

Jangan ingat introvert sahaja ada jenis jenisnya, extravert pun ada jenis jenisnya tersendiri.

Okay sebelum itu, ingat tak lagi tentang Social Pleasure System (SPS) dan gelas kaca yang aku tulis di entri introvert?

Basically, dalam kepala seorang extravert ada gelas kaca yang sangat besar! Kalau introvert gelas kaca kecil, lawan dia mestilah gelas besar 😂

Jadi, mereka boleh mengisi air dengan banyak (air merujuk kepada SPS) in order to be stimulated by the social interaction.

Senang cerita, SPS yang diperukan oleh mereka sangat banyak, sebab itu mereka sangat bertenaga bila bersosial. Tapi walaupun mereka seorang yang periang, talkative, tak bermaksud extravert ini langsung tak memerlukan me-time.

Sebenarnya, tak ada sesiapa yang 100% introvert ataupun extravert. Masing masing ada gabungan dua jenis ini tapi yang nak menentukannya ialah yang mana satu lebih dominan. 

Macam aku cakap tadi, extravert ada empat jenis iaitu

1) Extravert sensors

Extravert sensors ini stimulated oleh penglihatan, pendengaran, feel, taste dan juga smell. Orang macam ini dia sangat seronok kalau jumpa kawan baru sebab dapat tengok muka baru, pegang tangan baru, dengar suara baru dan dan lain lain lagi.

2) Extravert Feelers

The most typical extravert yang selalu kita kenal. Energised by social interaction, sembang kawan baru, tegur makcik cleaner, high five dengan pakcik keselamatan dan sebagainya. Dia sangat suka interaksi sosial dan tak suka berseorangan. 

3) Extravert Intuitive

Extravert intuitive ialah spesis extravert yang stimulated by ideas, thoughts dan intellectual discussion. Suka berinteraksi dengan sekumpulan yang boleh 'kenyangkan' otak dia, bukan jenis sembang kosong semata mata. Suka pergi talk, forum dan lain lain lagi. Jenis bising dan berisi.

4) Extravert Thinkers

Suka bersosial juga tapi dengan tujuan. Contoh, group discussion, team project dan seangkatan dengannya. Ada visi dan misi yang jelas dalam perbincangan. Decision makers yan genergised by team surrounding mereka. Sangat sesuai dijadikan ketua walaupun bising tapi berkarisma.

Dopamine level di otak seorang extravert rendah (hormon yang proses pleasure), sebab itu dia perlukan higher external stimulation untuk bagi dia rasa pleasure.

Berbalik kepada introvert, dopamine level otak dia tinggi, jadi seorang diri pun dah rasa seronok.

Jadi disini, bukan semua extravert jenis bising tak bertempat, begitu juga introvert. Bukan semua introvert jenis anti sosial. Apa yang membezakan ialah cara otak kita proses pleasure system yang akan memberi kesan cara kita bersosial, jenis kerjaya pilihan dan lain lain lagi.

Kekurangan extravert?

Kadang kadang dia jadi terlalu dominan dalam interaksi sosial, jadi dia kurang mendengar. Extravert pun boleh cepat mati akal kalau tak ada kawan. Boleh pergi mana mana seorang diri, tapi kalau ada kawan lagi best.

Extravert ke introvert ke ambivert ke, itu cuma panduan untuk kita faham diri kita sendiri. Hanya kategori personaliti. Bukan kelemahan diri :)

Ambivert? Apa itu? Tunggu next entri hehehe.

Sumber: Extravert

15 comments

  1. baru mama tau extrovert pun ada byk jenis tq for sharing dear

    ReplyDelete
  2. Untung juga jadi extravert thinkers atau intuitive sebab beri faedah kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  3. Introvert kalau gabung dengan extravert boleh seimbangkan suasana.

    ReplyDelete
  4. boleh tak kalau nak cakap ada dua dua, balance seperti ambivert :) okay baik tunggu next entry explaination ambivert.

    ReplyDelete
  5. Nice sharing.. sblm ni fikir extravert saja hehe

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian ini.. sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  7. Kelemahan extrovert adalah PKP. Hahaha. Tengok awal-awal Covid dulu ramai yang macam cacing kepanasan kena duduk rumah . Sekarang biasa dah.

    ReplyDelete
  8. Akk baru pasal extrovert nii..thanks Atiqah 🥰

    ReplyDelete
  9. introvert here.. singgah jap haha

    ReplyDelete
  10. akak = introvert.
    byk kali buat test personaliti, confirm introvert resultnya :)
    and memang rasa diri ni introvert pon.

    these things penting kita tahu agar kita tahu diri sendiri dan diri org lain. lain personaliti, lain cara kita treat seseorang yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. betul tu aida.. Lain orang lain cara kita berinteraksi kan..

      Delete
  11. Gigih akak baca satu demi satu kategori tu. Tak sangka ada banyak jenis...

    ReplyDelete
  12. Banyak lagi rupanya kategori dia ye..

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)