Favorite Way to Exercise

Macam biasa, disebabkan ketandusan idea nak update apa di blog pada hari ini, maka tercetuslah tajuk yang sedemikian hehehe. Favorite way to exercise atau dalam Bahasa Melayu, cara kegemaran untuk bersukan. 

Main badminton lah satu satunya cara kegemaran aku untuk bersukan. Bola jaring? Futsal? Bola tampar? Kirim salam awal awal dengan ucapan terima kasih HAHAHA. Tak minat :')

Berlari? Last aku berlari kalau tak silap masa tingkatan lima rasanya. Tahun 2014. Merentas desa. Itupun terpaksa masuk sebab wajib untuk semua pelajar. Tak ada sebarang alasan kecuali sakit seperti asma, lelah atau penyakit kronik. Hasilnya, menjadi peserta kelima terakhir yag melangkah masuk ke dalam pintu pagar sekolah hahaha.

Me be like "Tahniah Najihah! Berjaya juga habiskan sampai ke garisan penamat." Malam itu terus tidur keras kejung sebab kepenatan 😆

Sajalah nak cerita, nak memanjangkan entri ini hehehe, zaman sekolah rendah ke menengah ke, kalau ada aktiviti macam sukan tahunan, memang susah nak nampak muka aku masuk bertanding. Cikgu pun memang sudah sedia maklum yang aku dan bersukan ini tidak sebulu hehehe.

Tapi ada satu tahun tak silap masa aku sekolah rendah, darjah empat rasanya, aku terpaksa masuk acara 4 x 200 meter dan 100 meter. Terpaksa masuk sebab terpaksa ganti kawan aku yang injured. Tapi sampai sekarang tak boleh lupa masa acara 100 meter. Sampai sekarang juga kakak ketiga aku masih bahankan aku kalau terbuka cerita zaman sekolah dulu dulu.

Apa yang berlaku?

Macam biasalah dah bersiap sedia untuk lari, dah bersemangat untuk rumah pasukan aku iaitu rumah kuning, tapi bila bunyi tembakan pistol dilepaskan, aku boleh terkejut dan melatah. Ya aku melatah. Aku terkejut dan melatah sebab kuat bunyi pistol! Dah terkejut memang blur sekejap aku dekat garisan permulaan itu. Peserta peserta lain dah separuh padang berlari, aku baru start berlari.

Kesudahannya, aku dapat nombor lapan daripada lapan orang peserta! Kah! Sudahlah kakak aku dengan kawan kawan dia tengok acara 100 meter itu, memang dijadikan bahan untuk membahankan aku lah jawabnya.

Yang acara 4 x 200 meter itu tak nak cakap HAHAHAHA. Exhausted gila! Lari 100 meter pun aku letih, inikan pula 200 meter 😵

Sekolah menengah pun aku tukang hias khemah rumah sukan sajalah HAHAHA. Adalah juga menyumbang jasa walaupun tak banyak. 

Aku tak tahulah kenapa aku tak boleh go dengan acara yang memerlukan aku berlari. Walaupun aku kecil, ringan tapi aku tak ada kekuatan nak berlari laju. Tersangatlah mudah sakit di bahagian pinggang bila berlari. Kenapa ya? 😂

Sampai masuk universiti, memang aku tak aktif dalam aktiviti sukan. Pernah masuk aktiviti kolej, itupun semata mata nak kumpul sticker. Sticker penting ya sebab kalau tak ada sticker, semester akan datang belum tentu akan dapat kolej. Jadi nak tak nak terpaksalah kutip juga. Itu zaman diplomalah. Zaman degree memang menyewa luar hehehe.

Ada juga terpaksa masuk acara bola jaring kerana mewakili kelas aku semasa aktiviti sukan fakulti. Sudahlah tak tahu mana tentang bola jaring, tiba tiba classmate bagi vest GK (goalkeeper) ataupun GS (goal shooter).

Bodohnya aku sebab tak pernah nak ambil tahu pasal bola jaring ini, bila main, aku tak tahu aku boleh masuk ataupun tidak dalam bulatan court bola jaring itu :') Muka terpinga pinga, bedal sajalah masuk sebab fikir GK atau GS ini mesti boleh masuk punya bila pasukan lawan nak shoot bola dalam jaring.

Masuk pun buat syarat sahaja. Tak naklah kalah mati sebab tak ada penyertaan langsung. At least ada penyertaan juga. Menang kalah belakang cerita begituuuuu hehehe. 

Nak masuk acara badminton tapi awal awal lagi classmate cakap dia nak menjadi wakil, jadi kita biarkan saja. Kita jadi supporters sahaja. Okaylah daripada tak datang langsung kan? Wah ayat bukan main, padahal memang tak ada function langsung HAHAHA

Terpaksa turun sebab kalau tak turun, nanti kena denda dengan ketua fakulti. Denda dia leceh sebab nak kena minta sign semua lecturers. Salah satu denda yang classmates aku kena (mostly lelaki) sebab tak datang dalam acara sukan fakulti. 

Jadi, favorite way to exercise bagi seketul Atiqah Najihah ialah main badminton atau tali skipping. Itu masa duduk di Marang. Rumah atas tanah. Ada laman depan rumah. Sekarang duduk rumah bertingkat, celah mana nak main pun tak tahu. Exercise dalam rumah sahaja, dari bilik tidur ke ruang tamu ke dapur dan sebagainya 😂 

Kadang kadang buat plank. Semput mak! Nampak orang lain buat plank macam senang, sekali buat, terasa semput tu HAHAHA. Tak adalah selalu sangat buat, bila teringat baru buat. Kadang kadang teringat, tapi penyakit M lebih menguasai diri hehehe.

Jadi favorite way to exercise bagi kalian macam mana? Mesti ada yang buat zumba kan? 

19 comments

  1. Hahhaha ni sejenis yang sama dengan seketul Cik TK. Memang takkan nampak muka ni untuk aktiviti sukan sekolah. Sekadar tukang hias khemah dan join perarakan saja.

    ReplyDelete
  2. Samalah macam saya. Sertai acara sukan yang wajib je sebab kurang minat sukan.

    ReplyDelete
  3. Hahahahaa lawak la tiqah ni..
    K ret pun bkn la pro acara lumba lari tp tips k ret klu nk belumva cari org2 yg slow sket dr kita..lg satu amek posisi yg paling pendek nak pusing padang 🤣🤣🤣 konpom kita x dpt no last..

    ReplyDelete
  4. saya suka yoga dan slow jog.
    kalau ada masa teringin jugek nak belajar taichi ke an. tapi so far, berlari pun semput...tu jarang sangat nak berlari..

    menari, mungkin yalah. sesambil an...hahaha

    ReplyDelete
  5. Musim pkp tak boleh duduk dalam rumah sahaja, kena bagi berpeluh juga. :)

    ReplyDelete
  6. Eh kita sama , masa zaman sekolah dlu tak aktif sgt sulan ni . Masuk yg mana rasa mudah je untuk kumpul point dlm sijil koko

    ReplyDelete
  7. Saya zaman sekolah dulu main bola sepak dan takraw. Dekat U ada pernah sekali nak main takraw, masa game pulak kena denggi, tak dapat main.

    ReplyDelete
  8. Sebut main badminton...terus teringin..reket ada tu..tapi..hhehehee

    ReplyDelete
  9. akak pun sejenis yg x suka bersukan.. hahaha.. kalau rajin ada lah jugak buat skipping

    ReplyDelete
  10. Akak suka jalan keliling. Sambil jalan sambil cuci mata dan tengok alam.
    Samalah tidak aktif sukan sekolah kecuali merentas desa.

    ReplyDelete
  11. ya ampun..melatah rupanya..hahahah..

    AD paling benci merentas desa..mmg akan berjalan la sepanjang jalan tuh..bila masuk alam kerja baru tgk genk ofis badan cantik, pastu lukit sihat padahal memasing umur 47,48 sebab nya depa exercise, terjebak la juga..da tua abru nak start workout..hahah plank setakat ni baru dapat bertahan 1minit 30 secs je

    ReplyDelete
  12. ok kalau kak shida pulak..kak shida xkisah sgt bab bersukan apa pun boleh layan jika ada geng..sbb kak shida pun budak sport dulu..kalau mcm skg ni kak shida boleh layan 2 sukan ja..badminton dan joging..ada geng mmg pi..hahaaa

    ReplyDelete
  13. Kita sama Atiqah! Mampu main badminton je. Sukan lain semua ke laut. Ironinya akak terer bab teori and suka tengok sukan kat TV. Sembang bola macam terer tapi suruh sepak pun tak kena. Haha. Masuk merentas desa dapat top 10 tu biasa sangat. Top 10 dari belakang huhu

    ReplyDelete
  14. Lupa nak cakap ni.. Bila kita kurus dan kecik orang selalu streotype kita boleh lumba lari. What the fish

    ReplyDelete
  15. dulu zaman sekolah, aktif lumba lari, wakil sekolah..huhu..sekarang ni nak jogging pun malas..semangat nak buat plank..lama2 ke laut dalam..hihi..

    ReplyDelete
  16. Sep sikut.. hehehe.. Akak pun sama macam Atiqah, walaupun kurus masa sekolah tak boleh nak berlari gak.. hahaha.. tak tahulah kenapa.. Skipping best..

    ReplyDelete
  17. Hahaha..nak cakap pasal berlari. lebih kurang je kita zaman entah bila last. Nak main bola jaring dan sewaktu dengannya memang tak. Sebeelum ni rajin hiking jee. Itupun dah pencen sekarang. Nak buat plank, aduhaii benda simple tapi nak buat yang sekejap tu pun azab betul. gigil tahan.

    ReplyDelete
  18. Penglibatan akak dalam sukan semasa sekolah hanyalah sekadar di tepi balapan, tepi gelanggang... akak kalau berlari, orang tak perasan pun sebab tak macam berlari hahahah

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)