Preview Episode 559 Lee Kwang Soo Tinggalkan Running Man


Tahun 2011, Running Man episode 41, Song Joong Ki secara rasminya meninggalkan variety show Running Man kerana ingin fokus dalam bidang lakonan.

Diikuti oleh Kang Hee Gun (Gary) yang turut meninggalkan Running Man pada tahun 2016 kerana ingin fokus dalam bidang nyanyian. 

Dan pada tahun ini (2021), Lee Kwang Soo pula mengikut jejak langkah Joong Ki dan Gary kerana mengalami kesukaran untuk menjaga keadaan fizikalnya akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2020. 


Siapa dah tengok latest episode Running Man minggu ini? Hujung hujung episode 558, ada preview next episode iaitu episode 559 yang memaparkan episode terakhir Lee Kwang Soo di dalam Running Man.

Semuanya tengah tahan air mata daripada mengalir. Yang mengalirkan air mata pun sudah pasti Song Ji Hyo. Kwang Soo nak bercakap pun sebak sebab terlampau sedih.

11 tahun bersama, tetapi akhirnya Kwang Soo terpaksa undurkan diri juga atas faktor kesihatan diri.


Nampak over kan, tapi bila tengok video di atas, air mata aku pun menitis juga 😂 Masa Gary keluar dulu tak terasa mana, tapi Kwang Soo keluar ini rasa sedihnya. 

Penghibur di dalam Running Man! Tak ada siapa yang boleh tandinginya. Nak cari pengganti yang sebiji sama dengan Kwang Soo pasti mustahil.

Baca komen komen penonton setia Running Man, mostly cakap tak sanggup nak tengok next week punya episode. Memang confirm banjir dengan air mata! Memang sedihlah! 

Kakak aku pun cakap "Macam mana nak tengok episode next week ini adik?" Aku pun cakap "Sedih ke tak sedih ke, tetap akan tengok. Last day Kwang Soo kan, kenalah tengok. Biji mata berair itu belakang cerita" 😂

Episode 558 dan episode 557 pun ahli ahli lain dah mula sedih lepas berita Lee Kwang Soo akan tinggalkan Running Man mula tersebar. 

Semua pakat tanya "Are you okay, Kwang Soo?" Kwang Soo pun nampak sedih tapi dia buat buat suka 😂 Siapa tak sedih? Semua dah dianggap macam keluarga dah, tapi keadaan tak mengizinkan untuk kekal selamanya. 

Lama lama nanti, akan tamat juga Running Man ini (aku rasa) hehehe. Sebab mostly dah tua tua. Nak berlari pun dah sakit sakit semuanya. Sebab itu, aktiviti sekarang banyak santai santai, lebih banyak kepada aktiviti yang tak memerlukan kelasakan. 

Walaupun kadang kadang bosan juga aktivitinya, tapi tetap layan HAHAHA. Tetap ada lawaknya. Bolehlah buat hilang stress, takkan nak stress sepanjang masa kan? 

Nak keluar tak boleh, jadi terpaksa duduk terperap dalam rumah. Terperap dalam rumah pun boleh lead to stress, so jangan stress stress. Buat something yang boleh hilangkan stress kalian.

Macam aku, tengok Running Man episode yang awal awal dulu, tengok drama korea atau movie hehehe.

12 comments

  1. Perpisahan itu pasti. Penamat tetap ada.
    Ya betul itu buat sesuatu menggembirakan.

    ReplyDelete
  2. K ret tgh tgu kt viu eps laat LKS tu.. Ada gak baca kat mana2 psl eps last dia ni.. Mmg sedih je kan.. Huhu

    ReplyDelete
  3. Setiap ahli yang keluar ada alasannya masing-masing cuma itulah dia hakikat, bila sudah seperti adik beradik dan kawan baik, rasa sedih itu mendalam dan dirasai sangat.

    ReplyDelete
  4. ganti orang baru dah tak best kan..lain feel nya..

    ReplyDelete
  5. Tak ada Kwang Soo tak bestlah. Dah lah dia tu lawak.

    ReplyDelete
  6. da la tak follow since gary keluar terus xde mood nak tgk

    ReplyDelete
  7. Nanti sebelum tengok standby tisu. Hehe

    ReplyDelete
  8. sedih dan x best kwang soo xde..aduhai harap blh terima la kwang soo xde lg lepas ni..dalam RM..

    ReplyDelete
  9. Terpaksa dia tinggalkan running man kan.. lama mereka bersama.. nak tengok jugalah episod tu nanti.. lama tak layan RM..

    ReplyDelete
  10. Sedih jugak bila LKS tinggalkan RM. Dia dah macam ikon RM. Takde dia, memang kurang best.

    ReplyDelete
  11. 2 minggu berturut turut ni pun dah rasa sedih tu. masa jong ki dan gary keluar kurang sikit sedihnya. entah kenapa bila kwang soo rasa macam sedih betul. Janganlah kwang soo tinggalkan RM. tak kelakar dah. Tahan air mata tengok next week. Dorang punya bonding lama dah. Siapalah yang tak sedih.

    ReplyDelete
  12. dah lama tak layam RM ni, nanti kena tengok kwangsoo ni ep last

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)