Teringin Nak Beli Etsy Template Blog

Teringin betul ya, setiap malam buka tutup website etsy.com. Sebab terkenankan template blog di etsy. 

Tak dinafikan, template blog di etsy banyak yang cantik cantik. Tapi harganya pun cantik HAHAHA. Aku tak tengoklah template yang cecah ratus ratus apatah lagi ribu ribu itu.

Tengok bawah RM 50.00 sahaja. Itupun dah banyak yang cantik cantik! Cantik pada pandangan akulah. Simple sahaja. Layout simple.

Tapi tak beli beli lagi sebab masih memikirkan. Tak tahulah bila nak habis fikir. Perempuan kan, selagi tak beli, selagi itulah berlegar legar dalam kepala otak :')

Nanti dah beli, mulalah menyesal lah, itulah, inilah dan macam macam lagi. Rumit ke seorang perempuan? HAHAHA. Ke aku saja yang macam itu? Hehehehe.

Memikirkan bila dah beli, mestilah kena tukar template. Tak akan nak disimpan saja. Nak kena hadap coding template yang memeningkan kepala satu hal. Lagi satu hal, ada terbaca time mohon AdSense tak boleh tukar tukar template blog. 

Betul ke? 

Sebab itulah aku masih kekal dengan template blog yang sedia ada ini. Dah lama tak tukar. Terdetik juga nak tukar tapi tahan diri. Hmmm dengan template blog bukan main tahan diri, tapi bila buka shopee, tak boleh tahan diri pula 😂




Pilihan pertama aku. Berkenan betul aku dengan font dia pakai. Jenis aku, aku cerewet sikit pasal font. Benda pertama aku tengok ialah font. Yang kedua baru tengok layout blog. 

Memang boleh tukar font di template sedia ada ini, tapi kadang kadang bila tukar font yang aku minat, dia macam tak jadi. Itu yang frust menonggeng. Gigih download dan install dalam laptop, sekali apply di blog, tetap tak menjadi. Tak tahu kenapa dia tak detect.

Kadang di laptop aku dia detect, tapi bila orang lain buka blog aku, dia jadi font lain pula. Mungkin sebab font itu hanya ada di laptop aku sahaja kan? Jadi dia tak boleh detect bila buka di laptop atau telefon orang lain? 

Boleh jadi ke macam itu?




Dan yang terakhir, pilihan kedua hehehe. 

Bagi kalian, yang mana cantik? Kalau ikutkan harga, yang kedua lagi murah berbanding yang pertama. Tapi kalau ikut pilihan hati, aku lagi suka pilihan nombor satu.

Bak kata kakak aku, yang percuma ada. Pakai saja yang percuma. Jimat duit HAHAHA. Tak membantu langsung! Tapi bila difikirkan balik, ada betulnya juga kan? Yang percuma dah ada, pakai saja yang percuma. Tak payah pening pening fikir nak beli ke tidak 😂

Jadi, nombor satu ataupun nombor dua? In case, tak boleh tidur, tiba tiba terbeli. Macam terbeli domain blog hari itu HAHAHAHA.

Nota jemari 1: Banyak lagi template blog yang cantik cantik, pergi etsy.com dan search blogger template. Mana tahu ada yang TERbeli hehehe :P

Nota jemari 2: Dulu berangan, kalau menang contest yang #luckyblog by Alien Oren, nak pakailah template ini, sekali nah merudum jatuh dari nombor satu kepada nombor lima HAHAHA :')

26 comments

  1. Beli jgn dok pikir2 lg...murah ja tu..

    ReplyDelete
  2. Tersurvey sekali pula dahh ! haha, lawa2 laa mcm nak tukar theme je rasa..

    ReplyDelete
  3. Dua-dua nampak cantik.
    Hehe kalau akak jenis malas tukar blog mungkin tidak terasa sangat.
    Apapun Atiqah buat senarai pro dan kontra, tengok mana banyak. Hehe.Harap membantu. Kalau tidak ikut hati sahajalah.

    ReplyDelete
  4. Harap lepas ini leh tengok baju baru blog hehe

    ReplyDelete
  5. owh, klau ada adsense tak boleh tukar template eh, aduhh, tak berani pulak nak tukar sukahati..huhu..

    ReplyDelete
  6. Pernah terbaca yang kalau tengah tunggu kelulusan adsense tak digalakkan edit template atau setup blog.

    ReplyDelete
  7. Saya pulak lebih suka edit sendiri template blog. Lagi puas hati. 😄

    ReplyDelete
  8. Ingatkan akak sorang je. Hehe. Kena bagitau awak beli mana kang tersama pulak.

    ReplyDelete
  9. Bestnya kalau dapat tukar template baru . Blog CCL pun dh lama xbertukar wajah

    ReplyDelete
  10. Nampak nya akk xleh pegi website tuu. Takot banyak template akk nak beli nanti.hahahahahhah 😆😆

    ReplyDelete
  11. Saya buat masa ni guna apa yang ada sahaja.. haha

    ReplyDelete
  12. samalah kita..font tu penting, biar readers senang baca..

    dua2 template cantik..

    ReplyDelete
  13. cantik tu memang cantik tapi takut tak ngam dengan SEO pastu audience lari, adsense pun drop

    ReplyDelete
  14. Cantik tempelate tue tapi awak kena match dengan mesra SEO, barulah ok.. Akak beli baru-baru nie pun sebab malas nak godek2 coding.. hihihi tue yang suruh AO buatkan untuk akak..

    ReplyDelete
  15. Akak guna yang free je. Sekarang ni dah tak nak tukar template dah bila tengok pv semakin naik. Dulu pernah tukar² template, pv semakin jatuh. Lambat betul nak naik. If tengah tunggu Adsense approve jgn sesekali tukar template. Pernah terjadi dengan akakk. Tapi nasib baik lulus balik.huhu...

    ReplyDelete
  16. Beli sajalah. Nanti asyik termimpi-mipi... tak lena tidur hihihiii.

    ReplyDelete
  17. Yang template pertama tu, lebih cantik pada akak. Sweet je. Kalau nak beli, beli je, Atiqah. :)

    ReplyDelete
  18. Website berhantu tu😂.Akak pernah masuk.Hari2 takleh move on tengok templates😆

    ReplyDelete
  19. tak nak tengok. nanti tak boleh nak keluar. Tau2 dah stuck berjam jam duk tengok template. kejap nak beli kejap tak nak..

    ReplyDelete
  20. i pun tgk tgk2 ni.. nak tukar juga..sbb dah lama pakai template free ni haha

    ReplyDelete
  21. Template pertama tu lebih memikat mata... hehehe..

    ReplyDelete
  22. Cantik tmplate tu..akak ingat akak nak tukar template tapi tak pandai nak buat sendiri..nanti la nak cari siapa yang amik upah buat template. template yang sekarang akak dah guna lama dah...since 2015 rasanya...dah wajib tukar dah ni..cuma takut plak effect kat pv dan adsense

    ReplyDelete
  23. saya pun problem nak memilih template. rambang mata nak memilih. Selagi tak dapat, memang terfikir je lah. Bab nak menghadap coding tu yang malas tu.

    ReplyDelete
  24. Ika sangat suka dengan font awak yang sekarang. mcm mana nak buat eh? hee ajar boleh

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)